Canon EOS-1D X Mark lll Akan Dijual Di Malaysia Bulan Februari Ini

Menambah baik penawaran pada pasaran tempatan, Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd kini telah mengumumkan kehadiran Canon EOS-1D X Mark III.



Bakal mula dijual pada Februari ini, ia merupakan model pengganti kepada EOS-1D X Mark ll sebelum ini.

Berat bagi kamera EOS-1D X Mark lll ini adalah lebih kurang 1440g dan dikuasakan dengan pemproses imej DIGIC X. Ia juga dilengkapi dengan sensor CMOS 21.4 MP. Ia dikatakan mampu membuat rakaman yang lebih terperinci serta kualiti yang optimum.



Canon EOS-1D X Mark lll mempunyai nilai ISO dari 100 sehingga 102,400 (boleh menjangkai sehingga 819,200) membolehkan rakaman pada pelbagai keadaan pencahayaan sementara meminimumkan kadar hingar.

Spesifikasi Canon EOS-1D X Mark lll

  • Ukuran : 158.0×167.6×82.6 mm

  • Berat : 1440g

  • Sensor imej : 21.4 MP CMOS

  • Pemproses imej : DIGIC X

  • Kelajuan ISO : 100-819,200

  • Kelajuan rakaman berterusan : sehingga 16 fps (semasa penggambaran viewfinder, One-Shot AF dengan AI Servo AF), 20 fps (semasa penggambaran secara langsung, One-Shot AF dengan
    Servo AF)

  • Maksimum kualiti video : 4K 59p

  • WiFi dan Bluetooth

  • LCD 3.15 inci


Harga kamera ini belum diumumkan lagi dan akan diberitahu sebaik sahaja ia dilancarkan Februari ini. Jika anda berminat dengan penjualan kamera ini, anda boleh layari laman rasmi Canon Malaysia untuk melihat spesifikasi dengan lebih lanjut sambil-sambil menunggu tarikh penjualannya nanti.