Berdasarkan kepada laporan oleh media tempatan China, BYD Dan CATL akan memperkenalkan bateri LFP (lithium iron phosphate) yang menyokong ciri pengecasan ultra pantas mereka menjelang akhir tahun ini.
BYD dengan bateri bilahnya (Blade 2.0) dan CATL menerusi Bateri Qilin 2.0 menyokong teknologi pengecasan 6C.
C merujuk kepada pengganda pengecasan bateri dan 6C bermaksud “enam kali ganda kapasiti.” Sebagai contoh, jika anda mempunyai bateri 1000 mAh, anda boleh mengecasnya dengan arus 6000 mA.
Secara mudahnya, kadar pengecasan memberitahu kita berapa kali bateri boleh dicas sepenuhnya dalam satu jam.
Dalam kes kadar caj 6C, ia adalah enam kali ganda. Jadi, secara teori, anda boleh mengecas keseluruhan bateri dalam masa 10 minit dengan kadar cas 6C.

Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya dari teknologi baharu ini, infrastruktur untuk menyokong kelajuan pengecasan ini perlu dikemas kini.
Jika tidak, pemilik EV yang dipasang dengan bateri berteknologi tinggi seperti itu tidak akan dapat memperoleh manfaat daripada EV mereka dan sebaliknya akan kekal dengan kelajuan pengecasan yang lebih rendah.
{suggest}
Sumber: CarnewsChina, Autohome,