Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari bumi

Bumi Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dari Matahari Isnin Ini

Diterbitkan Julai 1, 2022 oleh ariff bukhari

Pada 21 Jun 2022 lalu, fenomena yang dikenali sebagai Soltis Jun telah pun berlaku.

Solstis Jun menandakan bermulanya musim panas di Hemisfera Utara dan bermulanya musim sejuk di Hemisfera Selatan.

Waktu siang menjadi lebih panjang dan waktu malam menjadi lebih pendek di Hemisfera Utara.

Tetapi waktu siang menjadi lebih pendek dan waktu malam menjadi lebih panjang pula di Hemisfera Selatan.

Kini sekitar 2 minggu selepas soltis Jun, Bumi akan berada pada kedudukan yang paling jauh dari Matahari pula.

Agensi Angkasa Malaysia memaklumkan bahawa Bumi akan berada pada kedudukan yang paling jauh dari Matahari iaitu sejauh 152,098,455 km pada hari Isnin, 4 Julai 2022 ini.

Bumi Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Dari Matahari Isnin Ini

Kedudukan yang dikenali sebagai aphelion itu diramal akan berlaku pada jam 15:10 PM petang hari tersebut.

Sebelum ini iaitu pada 4 Januari 2022 lalu, Bumi berada pada jarak yang paling hampir dengan Matahari (perihelion) iaitu sehampir 147,105,052 km pada jam 2.52 PM waktu tempatan.

Sumber: MYSA, timeanddate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY