Bumi Akan Alami Fenomena Masa Siang Dan Malam Sama Panjang Bulan Ini

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, Bumi akan alami fenomena masa siang dan malam yang sama panjang pada bulan Mac ini.

Fenomena yang lebih dikenali sebagai Ekuinoks itu dijangka akan berlaku pada hari Selasa, 21 Mac 2023 ini.

Pada tarikh itu, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari tersebut.

Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Fenomena itu menjadi lebih istimewa kepada penduduk yang berada di dalam negara-negara khatulistiwa khususnya kerana mereka akan mengalami peristiwa yang dikenali sebagai “hari tanpa bayang”.

Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, penduduk di sana akan dapat rasai pengalaman “hari tanpa bayang” yang berlaku pada waktu tengahari.

Peristiwa tengahari tanpa bayang di Malaysia pula akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 28 Mac 2023 dan di Kuala Lumpur pada 29 Mac 2023.

{suggest}

Sumber: MOSTI

Berkaitan