Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
builder ai

Disangka AI, Rupanya Manusia – Builder.ai Kini Bankrap

Diterbitkan Jun 5, 2025 · Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amsyar Latif

Builder.ai, syarikat teknologi pembangunan aplikasi berasaskan AI yang pernah disokong Microsoft dan dana kekayaan Qatar, telah memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat selepas pemiutang merampas dana dalam akaun banknya.

Langkah ini susulan pendedahan bahawa syarikat itu memalsukan pendapatan dan urus niaga perniagaan.

Siasatan Bloomberg mendedahkan Builder.ai menggunakan urus niaga rekaan dengan syarikat India, VerSe Innovation, untuk menggambarkan seolah-olah ada permintaan besar terhadap produknya. Tujuannya adalah untuk menaikkan angka jualan dan meyakinkan pelabur.

Menurut laporan, Builder.ai mencatat hasil sehingga $220 juta untuk tahun 2024, tetapi selepas semakan dalaman, angka sebenar hanya sekitar $55 juta, jauh lebih rendah dari yang diwara-warakan kepada pelabur dan media.

Builder.ai juga didakwa menipu dari segi produk. Walaupun mempromosikan diri sebagai syarikat AI, kebanyakan ‘automasi’ mereka sebenarnya dilakukan oleh lebih 700 jurutera manusia di India, bukan teknologi AI seperti yang dipromosikan.

Pendedahan ini mendorong pemiutang utama seperti Amazon dan Microsoft menuntut bayaran semula ratusan juta dolar.

Akaun bank syarikat dibekukan dan operasi terhenti. Pada 5 Jun, Builder.ai memfailkan permohonan perlindungan kebankrapan di mahkamah Amerika Syarikat, satu proses yang dipanggil “Chapter 11”, yang membolehkan syarikat cuba susun semula hutang sambil masih cuba beroperasi.

Sachin Dev Duggal, pengasas dan bekas CEO yang letak jawatan Februari lalu, kini dilaporkan cuba membeli semula aset syarikat, sambil menafikan berlaku salah laku dan menyalahkan pelabur atas kejatuhan ini.

Kejatuhan Builder.ai jadi peringatan penting. Walaupun syarikat nampak hebat, dapat sokongan pelabur besar, dan guna istilah canggih macam “AI”, itu tak semestinya bermaksud perniagaan mereka benar-benar kuat atau jujur.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Malaysia Sasar Jadi Hab Bandar Pintar Dan AI Serantau
  • Bukan Sekadar Cermin Mata, Aria Gen 2 Adalah Makmal AI Bergerak
  • Malaysia Antara Terpantas Kuasai AI Di Dunia – Lonjakan Pendaftaran GenAI Cecah 183%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY