Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buat Pertama Kalinya, Plastik Ditemui Dalam Darah Manusia

Buat Pertama Kalinya, Plastik Ditemui Dalam Darah Manusia

Diterbitkan Mac 26, 2022 oleh ariff bukhari

Sekumpulan saintis di Belanda melaporkan buat pertama kalinya mereka mendakwa telah menemui plastik di dalam darah manusia.

Pendedahan itu dibuat selepas mereka melakukan kajian dari sampel darah yang diperoleh daripada 22 penderma dewasa yang sihat tubuh badan secara rawak.

Hasilnya daripada jumlah itu 3/4 atau seramai 17 penderma tersebut didapati mengandungi mikroplastik di dalam darah mereka.

Purata kepekatan kandungan plastik dalam darah itu adalah 1.6 mikrogram per mililiter atau sekitar 1 sudu teh plastik bagi setiap 1,000 liter air.

Sampel plastik yang paling banyak ditemukan dalam darah itu adalah Polyethylene terephthalate (PET), polyethylene, dan polymers styrene

Penulis kajian bernama, Profesor Dick Vethaak dari Universiti Vrije di Amsterdam menyatakan, 50 peratus daripada sampel darah yang dikaji itu mengandungi jenis plastik Polyethylene terephthalate (PET) yang biasa  digunakan secara dalam industri pembungkusan makanan dan minuman.

Penyelidik bernama Marja Lamoree berkata, kesan sampingan daripada kandungan plastik di dalam darah manusia perlukan lebih banyak lagi kajian mendalam.

Tetapi beliau mencadangkan kemungkinan kandungan plastik di dalam darah sebagai antara penyumbang kepada sakit jantung, plastik meresap ke dalam darah dan dibawa ke otak serta peningkatan kolestrol.

Sumber: New Atlas, Vrije Universiteit Amsterdam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY