Buat Perbandingan Harga Barangan Melalui Aplikasi "Paparan Harga" Dari KPDNKK

Salah satu cara untuk menjadi pengguna bijak adalah dengan membuat perbandingan harga barangan antara pasaraya-pasaraya yang sering anda lawati. Tetapi cara itu kadang-kala agak merumitkan kerana anda perlu pergi ke satu-persatu pasaraya untuk mengenalpasti dimana harga yang ditawarkan lebih murah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah tampil dengan satu aplikasi Android yang mampu menyelesaikan masalah perbandingan harga.

Dikenali sebagai Paparan Harga, aplikasi ini memudahkan pengguna membuat semakan harga bagi 446 barangan harian mengikut lokasi kedai atau pasaraya di Malaysia.

Aplikasi ini akan memaparkan 6 jenis kategori barangan seperti...

  1.  Barangan segar

  2. Barangan kering

  3. Barangan berbungkus/pek/kotak/botol,

  4. Susu dan barangan bayi,

  5. Produk kebersihan,

  6. Minuman.


Paparan Harga sangat mudah digunakan, anda hanya perlu memilih barangan dan tetapkan lokasi pencarian. Segala informasi yang anda perlukan akan terpapar beserta alamat kedai atau pasaraya terbabit.





 



Muat turun aplikasi>> Paparan Harga

Sumber: KPDNKK