Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
free vpn

Buang Segera VPN Percuma Ini, Rupanya Mencuri Data Pengguna

Diterbitkan Ogos 28, 2025 · Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah sambungan (extension) pelayar Chrome yang kini mendapat perhatian serius dalam komuniti keselamatan siber selepas ia didapati mengandungi perisian intip.

Walaupun pada asalnya dipasarkan sebagai alat VPN percuma dengan fungsi tambahan pengesanan phishing, analisis teknikal mendedahkan bahawa sambungan ini melampaui tujuan yang diisytiharkan dan berpotensi menjejaskan privasi pengguna serta keselamatan organisasi.

Extension ini yang dikenali sebagai FreeVPN.One kononnya ditawar sebagai alat privasi, tapi sebenarnya digunakan sebagai alat pengintipan.

Buang Segera VPN Percuma Ini, Rupanya Mencuri Data Pengguna
FreeVPN.One sudah dibuang dari Chrome Web Store.

Analisis pakar keselamatan oleh Koi Security mendapati, sambungan ini menghantar maklumat terperinci pengguna dan pelayar ke pelayan jauh tanpa kebenaran.

Data tersebut termasuk sejarah pelayaran, kandungan laman sesawang yang dilawati serta maklumat lokasi pengguna.

Malah FreeVPN.One diberikan penilaian “Kritikal” kerana extension ini bukan sekadar mencatat data teknikal asas, tetapi mengumpul dan menyalurkan maklumat sensitif pengguna secara rahsia.

Buang Segera VPN Percuma Ini, Rupanya Mencuri Data Pengguna

Ia juga berupaya mampu memintas kawalan keselamatan organisasi seperti firewall, penapis kandungan dan secure gateways.

Ini membolehkan trafik rangkaian diselindungi daripada pemantauan keselamatan dalaman, sekaligus membuka ruang kepada kebocoran data (data exfiltration).

FreeVPN.One juga memohon akses terlalu luas ke semua laman sesawang yang dibuka melalui pelayar serta mengakses penuh sejarah pelayaran pengguna.

Ini memberi kuasa untuk  ia berinteraksi dengan kandungan laman sesawang, menyuntik skrip berbahaya, malah membuat tangkap layar maklumat sensitif seperti kata laluan atau data transaksi kewangan.

Ekoran itu, pengguna disaran untuk bertindak segera membuang extension  FreeVPN.One dari pelayar Chrome atau mana-mana pelayar yang menggunakannya.

Berkaitan

  • Jangan Beli, 58 Kotak TV Android Ini Dijangkiti Perisian Hasad BADBOX 2.0
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • 'Sideloading' Pada Android Akan Lebih Ketat Mulai Tahun Depan
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY