Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buang Segera 15 Aplikasi Popular Android Ini Dari Peranti, ‘Joker’ Kembali Di PlayStore

Buang Segera 15 Aplikasi Popular Android Ini Dari Peranti, ‘Joker’ Kembali Di PlayStore

Diterbitkan Julai 12, 2022 ยท Dikemas kini Julai 12, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Pradeo baru-baru ini telah melaporkan penemuan 4 aplikasi yang ditawarkan di Google Play Store mengandungi perisian hasad di dalamnya.

Perisian hasad berusia tapi merbahaya itu yang dikenali sebagai ‘Joker’ didapati kembali dan kini sudah berjaya menjangkiti lebih daripada 100,000 pengguna peranti Android menerusi 4 aplikasi ini.

4 Aplikasi yang didapati membawa perisian hasad Joker itu adalah Smart SMS Messages, Blood Pressure Monitor, Voice Languages Translator dan Quick Text SMS.

Joker malware

Penyelidik menyatakan, Joker bertindak melepasi ciri keselamatan peranti Android dengan beberapa mekanisma melalui aplikasi-aplikasi tersebut.

Salah satunya adalah ia bertindak membaca mesej SMS dan mengambil tangkap layar tanpa disedari pengguna.

Kemudian memintas notifikasi yang diterima mangsa bagi menggodam kata laluan OTP (one-time passwords) yang sepatutnya diterima pengguna.

Ekoran itu, pengguna dinasihatkan untuk segera membuang kesemua aplikasi itu jika anda ada memasangnya di dalam peranti Android anda.

Sebelum ini Pradeo juga pernah melaporkan sebanyak 11 aplikasi ini dikesan membawa perisian hasad Joker di dalamnya:-

  1. Beautiful Themed Keyboard
  2. All Wallpaper Messenger
  3. Angina Reports
  4. Moon Horoscope
  5. Color Message
  6. Safety AppLock
  7. Convenient Scanner 2
  8. Push Message-Texting&SMS
  9. Emoji Wallpaper
  10. Separate Doc Scanner
  11. Fingertip GameBox
Joker 7
Joker 6
Joker 5
Joker 4
Joker 3
Joker 2
Joker 1
Joker 9
Joker 8
joker 11
Joker 10

Sumber: Pradeo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY