Bocoran Imej Membayangkan Samsung Galaxy S10 Mempunyai Bezel Yang Sangat Nipis

Bila bercerita mengenai rekaan skrin paparan telefon pintar, antara elemen yang menaikkan lagi "seri" sesebuah peranti itu adalah saiz "dagu" dan "dahi".

Pengeluar berlumba-lumba menampilkan paparan penuh dengan mengecilkan saiz bezel dan bocoran imej sudah berlegar di internet, ia membayangkan Samsung Galaxy S10 bakal hadir "seksi" dengan bezel yang nipis.



Twitter@UniverseIce yang kerap berkongsi khabar angin mengenai Samsung telah berkongsi imej yang didakwa pelindung skrin bagi Galaxy S10. "Beyond", merupakan kod nama yang digunakan Samsung bagi merujuk kepada siri Galaxy S10.

Model flaship untuk tahun mendatang ini diramal hadir pada lewat Februari 2019. Samsung Galaxy S10 juga dikhabarkan akan mempunyai variasi RAM sebesar 12GB.

Sumber: @UniverseIce