Samsung Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Peranti Pertama Memiliki 12GB RAM Pada MWC 2019 Nanti

Memori capaian rawak atau RAM adalah salah satu perkara terpenting dalam sesebuah peranti komputer hari ini. Boleh dikatakan semakin tinggi ruang memori, semakin lancar penggunaan walaupun bukan sepenuhnya bergantung pada saiz memori semata-mata.

Dalam dua tiga bulan kebelakangan ini, beberapa pengeluar telefon pintar dilihat telah mula menghasilkan peranti dengan saiz memori sebesar 10GB RAM. Antaranya ialah Xiaomi Mi Mix 3 serta Nubia Red Magic Mars.

Tidak mahu mengalah, Samsung dilaporkan akan memperkenalkan satu variasi 12GB RAM pada peranti premium mereka, Galaxy S10/S10+. Ini bermakna, ia mungkin akan diperkenalkan seawal bulan Februari tahun hadapan, iaitu semasa acara MWC 2019 berlangsung.

Imej tidak rasmi Galaxy S10(Kredit: AndroidPIT)

Malah, model berkenaan juga dikatakan akan mempunyai ruang simpanan sehingga 1TB. Bagaimanapun, maksud sebenar “ruang simpanan” itu samada ia adalah simpanan dalaman semata-mata ataupun termasuk sokongan kad mikroSD masih tidak dapat dipastikan.

Samsung sebelum ini telah pun menghasilkan telefon dengan ruang simpanan 1TB, iaitu pada Galaxy Note 9. Namun, ia adalah jumlah ruangan setelah digabungkan simpanan dalaman 512GB dengan sokongan maksima mikroSD iaitu sebesar 512GB lagi.

Ditambah pula dengan penggunaan cip terbaharu Exynos 9820(atau Snapdragon 8150), Galaxy S10+ ini dijangka dengan mudah bakal menjadi peranti paling berkuasa yang mungkin akan kita lihat pada acara MWC 2019 nanti.

 

Sumber: TechWorm

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408