Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BNM: Tiada Perancangan Untuk Keluarkan Mata Wang Digital Bank Pusat Dalam Masa Terdekat

BNM: Tiada Perancangan Untuk Keluarkan Mata Wang Digital Bank Pusat Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Mac 31, 2021 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) dalam masa terdekat.

BNM menyatakan, sistem kewangan di Malaysia terus menyokong fungsi ekonomi selain memenuhi keperluan individu dan perniagaan. Alat dasar monetari dan kewangan sedia ada masih berkesan dalam memberikan kestabilan monetari dan kewangan.

Kebanyakan aset digital, dalam bentuknya pada masa ini tidak digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan aset ini tidak menunjukkan ciri-ciri universal wang.

Ciri-ciri aset digital ini menghalang aset tersebut daripada menjadi penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaan aset digital yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu, ancaman siber dan kekurangan dari segi boleh-skala.

Sebagai contoh, harga Bitcoin mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 39% dalam tempoh satu hari pada Mac 2020. Bagi mengurangkan turun naik nilainya, bentuk baharu aset digital seperti Stablecoin juga telah mula diperkenalkan.

Memandangkan situasi ini berkembang dengan pantas, BNM berkata ia akan menilai secara aktif potensi tawaran nilai CBDC berdasarkan perkembangan dalam landskap aset digital dan pembayaran.

Sumber: BERNAMA

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY