BlackBerry Kalah Dalam Pertikaian Pembayaran Dengan Nokia

Satu mahkamah timbang tara di Toronto, Kanada telah mengarahkan BlackBerry Ltd untuk membayar sejumlah RM 555 juta kepada Nokia bagi menyelsaikan pertikaian tersebut. BlackBerry juga bercadang untuk meneruskan kes pelanggaran paten yang lain terhadap syarikat dari Finlad itu.

BlackBerry didapati tidak membuat pembayaran yang betul kepada Nokia di bawah kontrak lesen paten yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. BlackBerry pada awal tahun ini juga telah mendapat bayaran sebanyak RM 3.8 bilion dari Qualcomm Inc dalam satu kes lain yang sama seperti Nokia. BlackBerry sebelum ini mengumumkan mereka akan melesenkan portfolio paten mereka yang berjumlah hampir 40,000 untuk digunakan kepada pihak yang berminat.



BlackBerry sebelum ini mengumumkan mereka akan melesenkan portfolio paten mereka yang berjumlah hampir 40,000 untuk digunakan kepada pihak yang berminat.

BlackBerry mendedahkan pada bulan Febuari yang mereka telah memfailkan permohonan pelanggaran paten oleh Nokia dengan pihak Nokia membidas bahawa dakwaan itu tidak berasas.

Sumber