Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 3

Black Shark 3S Dijual Pada 8 September, Harga Bermula RM 3,199

Diterbitkan September 3, 2020 · Dikemas kini September 4, 2020 oleh Amsyar Latif

Black Shark merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam peranti gaming. Pada bulan Mac yang lalu, mereka telah melancarkan peranti terbaru iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro.

Black Shark 3S Dijual Pada 8 September, Harga Bermula RM 3,199

Hari ini, Black Shark 3S secara rasminya masuk ke pasaran Malaysia dan akan mula dijual pada 8 September 2020. Sebelum ini, peranti ini hanya dijual di pasaran India sahaja.

Peranti ini lebih berkuasa berbanding model sebelum ini iaitu Black Shark 3 Pro. Ia dijanakan dengan cip Snapdragon 865 dengan GPU Adreno 650 yang akan meningkatkan prestasi sebanyak 25%.

Ia menggunakan skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1080×2400 HDR10+. Selain itu, peranti ini mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Pada masa yang sama, Black Shark juga mengumumkan aksesori mereka iaitu Black Shark Game Trigger yang menggunakan switch OMRON dan boleh digunakan pada peranti Android dan IOS.

Black Shark 3S Dijual Pada 8 September, Harga Bermula RM 3,199

Black Shark 3S hadir dengan dua warna iaitu Skyfall Black dan Crystal Blue. Tambahan lagi, terdapat dua varian bagi peranti ini iaitu 12GB+128GB dan 12GB+256GB masing-masing berharga RM 3,199 dan RM 3,499.

Black Shark 3S Dijual Pada 8 September, Harga Bermula RM 3,199

Bagi aksesori Black Shark Game Trigger pula dijual pada harga RM 89. Peranti ini akan dijual secara eksklusif di Shopee bermula 12am pada 8 September.

Selain itu, 50 pelanggan terawal yang membeli peranti ini akan dapat Black
Shark Carry Case, Black Shark FunCooler, 1 tahun perlindungan skrin retak, RM100 baucar Shopee dan hadiah misteri.

50 pelanggan seterusnya juga akan dapat Black Shark Gamepad 2.0 Left + Gamepad 3.0 Holder, Black Shark FunCooler, 1 tahun perlindungan skrin retak, RM100 baucar Shopee dan hadiah misteri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY