Pengumuman tersebut dibuat oleh Black Shark Malaysia semalam menerusi penstriman secara langsung yang disiarkan pada laman Facebook mereka.
Tidak menyatakan secara spesifik variasi mana yang akan dibawa, pelancaran secara rasmi itu akan dilakukan pada 30 April 2020, kira-kira seminggu lebih dari sekarang.
Imbas kembali spesifikasi, Black Shark 3 diumumkan pada awal Mac lepas dengan skrin OLED 6.67 inci, kadar penyegaran 90Hz dan kadar segar input 270Hz.
Menguasakan peranti adalah cip pemproses Snapdragon 865, ditemani tiga konfigurasi memori; RAM 8GB/128GB, RAM 12GB/128GB, dan RAM 12GB/256GB.
Kamera belakang pula menghidangkan tiga lensa iaitu 64MP+13MP+5MP sementara rakaman hadapan ditugaskan kepada kamera 20MP.
Black Shark 3 menyokong pengecasan pantas 65W digunakan untuk mengisi kuasa bateri 4720mAh. Untuk maklumat lanjut mengenainya, sama-sama kita nantikan acara pelancaran tersebut.
Berkaitan
- ASUS Zenfone 3 Deluxe Kini Memasuki Pasaran Malaysia
- Pengguna Android Habiskan Masa Sehingga 325 Bilion Jam Menggunakan Aplikasi
- Senarai Harga Siri AORUS Waterforce Untuk Pasaran Malaysia
- Tertiris: Imej 3 Model Telefon Pintar Sony Bagi Tahun 2018
- Tiada Lagi Perakuan SIRIM Untuk Peranti 3G Dan 4G Yang Tiada Sokongan VoLTE Bermula 2021
- Huawei P30, P30 Pro Dan Nova 3i Diberikan Harga Jualan Baru
- Realme X2 Pro Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM2399
- Huawei Nyatakan Sudah Menjual 1 Juta Unit Model Mate 30
- Imej Sony Xperia XA3 Memperlihatkan Skrin Dengan Nisbah 21:9
- Bank Maya Pertama Diramal Diperkenalkan Di Malaysia Pada Suku Ketiga Tahun Hadapan