Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bimbang Roket Terhempas, Rusia Akan Pindahkan Seluruh Penduduk Di Sebuah Kampung

Bimbang Roket Terhempas, Rusia Akan Pindahkan Seluruh Penduduk Di Sebuah Kampung

Diterbitkan Ogos 11, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas lama tertangguh pelancarannya, Misi robotik Luna-25 milik Rusia dilaporkan dijadual akan dilancarkan pada 11 Ogos 2023 ini.

Pendarat Luna-25 direka bentuk untuk melakukan pendaratan di kutub selatan bulan iaitu pada masa yang sama pemain angkasa lepas utama dunia memberikan perhatian mereka untuk melombong kawasan kutub selatan bagi mendapatkan ais yang boleh ditukar menjadi air, oksigen, dan bahan dorong roket.

Walaubagaimanapun sebelum melancarkannya, Rusia mesti memindahkan sementara seluruh kampung di bawah laluan penerbangan roket Soyuz itu, kerana dibimbangi risiko bahaya penggalaknya boleh merempuh penempatan yang berada di bawah laluan roket itu.

Ia melibatkan penduduk sebuah kampung di timur jauh Rusia yang akan dipindahkan dari rumah mereka pada jam 7.30 pagi pada hari Jumaat kerana “peluang satu dalam sejuta” salah satu peringkat roket yang melancarkan Luna-25 berisiko jatuh terhempas di kawasan itu, kata seorang pegawai tempatan.

Luna-25 ialah pendarat bulan pertama Rusia sejak 1976 dan ia akan dilancarkan di atas roket Soyuz 2.1a di Kosmodrom Vostochny di timur Rusia.

Pelancaran yang pada asalnya dirancang untuk Oktober 2021, telah ditangguhkan selama hampir dua tahun. Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah merancang untuk menguji kamera navigasi Pilot-D nya dengan memuatkannya pada Luna-25, tetapi memutuskan hubungannya dengan projek itu selepas Rusia menyerang Ukraine pada Februari tahun lalu.

Berkaitan

  • Kerajaan Warta Larangan Penerbitan Jam Swatch Dengan Unsur LGBTQ+
  • Apple Alih Butang 'End Call' Dalam iOS 17, Pengguna Mungkin Akan Keliru
  • Xiaomi Pad 6 Max Akan Dilancarkan Pada 14 Ogos Ini

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY