Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Biarpun Gaji Berjuta, Riyad Mahrez ‘Steady’ Guna iPhone 12 Pro Max Yang Retak

Posted on Julai 22, 2022

Pernah saya nukil satu ketika dahulu, produk Apple sering digunakan ramai individu ternama dari seluruh dunia. Baik golongan selebriti mahupun pemain sukan.

Namun, bukan itu yang hendak diketengahkan di sini tetapi satu perkara yang menarik perhatian beberapa hari lepas adalah apabila seorang bintang bola sepak antarabangsa “memerli” pengikutnya.

Individu yang dimaksudkan itu ialah Riyad Karim Mahrez atau Riyad Mahrez, seorang pemain bola sepak berasal dari Algeria dan bintang Manchester City.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik Mahrez di Twitter rasminya, beliau sudah bersiap sedia untuk pergi ke perlawanan jelajah di Amerika Syarikat. Menerusinya juga, Mahrez sedang memegang peranti iPhone 12 Pro Max tetapi rupa paras telefon tersebut sudah retak.

Off to πŸ‡ΊπŸ‡ΈβœˆοΈ pic.twitter.com/AtxIB1rQYt

— Riyad Mahrez (@Mahrez22) July 16, 2022

Keretakan panel belakang iPhone tersebut boleh dikatakan agak teruk juga. Disebabkan itu, rata-rata pengikutnya hairan kerana pemain yang menerima gaji jutaan ringgit setahun pun menggunakan iPhone sebegitu.

Lanjutan daripada itu, Mahrez sempat berjenaka dengan sepertiΒ “selagi boleh guna, guna je”.Β Bukan itu sahaja, beliau juga sempat berseloroh dengan menyatakan untuk menunggu kontrak baharu daripada kelab Manchester biru. Umpama satu petanda, beliau pun baru-baru ini telah melanjutkan kontrak hingga 2025 bersama The Citizens.

As long as it works πŸ€·πŸ»β€β™‚οΈπŸ€·πŸ»β€β™‚οΈπŸ€·πŸ»β€β™‚οΈ

— Riyad Mahrez (@Mahrez22) July 16, 2022

Was waiting for the new contract πŸ‘€πŸ˜‚ https://t.co/lqfwg9mHdL

— Riyad Mahrez (@Mahrez22) July 16, 2022

Sebenarnya, bukan Mahrez sahaja yang menimbulkan “kekeliruan” dalam kalangan warganet. Bulan lalu, pelakon Hollywood Chris Evans pun baru sahaja menaik taraf iPhone 12 Pro setelah iPhone 6s-nya sudah rosak.

https://twitter.com/ChrisEvans/status/1540139380576231424?s=20&t=9y1hwO3kW20TVq2CbfbOag

Pengajaran yang kita boleh dapat di sini adalah, janganlah terlalu mengejar teknologi kerana memang tidak terkejar. Tidak perlu untuk memiliki peranti terkini setiap tahun. Sedangkan individu yang terlalu banyak wang pun menggunakan telefon sehingga rosak, apatah lagi kita rakyat marhaen.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress