Biar Lambat Asalkan Dapat, Xiaomi Mi A3 Mula Terima Kemaskini Android 10

Sebelum ini kami laporkan bahawa Xiaomi Mi A3 akan terima kemaskini Android 10 pada pertengahan Februari. Namun ia tidak terjadi mungkin disebabkan wabak Covid-19 sehinggalah hari ini beberapa pengguna peranti tersebut di Malaysia mula mendapat kemaskininya.

Kami cuba menyemak kemaskini Android 10 pada Mi A3 yang terdapat di pejabat kami. Namun kami tidak menjumpai kemaskini tersebut berkemungkinan ia menyapa pengguna secara berperingkat perlahan-perlahan.

Melalui @itsbangjat, seorang pengguna Mi A3 di Twitter, peranti milik beliau telah mula mendapat kemaskini tersebut. Saiz kemaskini adalah agak besar sekitar 1.3GB.

https://twitter.com/itsbangjat/status/1233950713153110016

Untuk Android 10, ciri utama adalah sokongan tema gelap secara menyeluruh, navigasi gestur dan juga kawalan privasi yang lebih terperinci.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Mi A2 terlebih dahulu menerima kemaskini Android 10 berbanding Mi A3. Walau apapun, sepatutnya sebagai peranti Android One, kelebihan dari segi kemaskini versi Android tidak dilupakan.

Dan janji Xiaomi untuk mengemaskini Mi A3 ini walaupun sedikit lambat dari yang dijanjikan, apa yang penting adalah pengguna mendapat kemaskini tersebut.

Sumber: @itsbangjat