Berwaspada Terhadap E-mel Dan Panggilan Dari "Pegawai LHDN"

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menginatkan orang ramai supaya berwaspada dengan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai LHDN.

LHDN mendedahkan, modus operandi suspek atau scammer adalah dengan menghubungi mangsanya melalui panggilan telefon dan memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDNM.

Seterusnya scammer itu akan memaklumkan kononnya mangsa mempunyai tunggakan cukai yang mesti dilunaskan.

Menurut LHDNM, yang keliru akan disambungkan pula kepada individu yang juga scammer dengan menyamar sebagai polis, pegawai bank atau agensi penguatkuasa lain.

Baca juga: Dua Taktik Penipuan Online Banking Yang Telah Di Kenal Pasti SKMM



Tidak cukup setakat itu, mangsa dikaitkan pula dengan aktiviti penggubahan wang haram, mengedar dadah atau kegiatan jenayah lain.

Situasi yang diwujudkan scammer itu sekaligus menyebabkan mangsa panik sehingga menyerahkan maklumat perbankan sulit mereka termasuklah nombor TAC/OTP kepada scammer tersebut.

Sehubungan itu, pihak LHDNM menasihati orang ramai agar berhati-hati dan buat dulu pengesahan dengan pihak LHDNM sekiranya mereka menerima e-mel, surat atau pun panggilan yang meragukan.

Ini kerana LHDNM menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan membincangkan hal-hal berkaitan percukaian melalui panggilan telefon.

Sumber: LHDNM