Menerusi pemantauan berterusan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) menasihat kepada orang ramai terhadap helah dan penipuan oleh scammer yang cuba memperdaya para pengguna bagi menyerahkan maklumat peribadi seperti nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan Internet milik mereka.
Menurut SKMM, hasil pemantauan mereka terdapat beberapa helah dan modus operandi yang digunakan oleh scammer.
Berikut adalah helah dan penipuan yang digunakan scammer seperti mana yang dinyatakan oleh SKMM:-
- Pengguna secara rambang menerima pesanan ringkas (melalui SMS
atau mana-mana Aplikasi Pesanan, termasuk WhatsApp) menyerupai
pesanan daripada bank; menyatakan telah berlakunya transaksi
kewangan mencurigakan; atau wujud keperluan untuk pengguna
mengesahkan, mengemas kini, atau mengaktifkan semula akaun
perbankan Internet. - Pengguna seterusnya:
a) Diminta untuk melayari pautan laman sesawang palsu yang
diberikan; yang mana mereka perlu memasukkan nama
pengguna dan kata laluan akaun perbankan Internet. Paparan di
laman sesawang palsu itu akan kelihatan serupa dengan laman
sesawang perbankan Internet sebenar; namun alamat (URL)
pada laman tersebut mempunyai perbezaan dan variasi dari segi
nama, huruf, serta ejaan; ATAU
b) Diminta untuk menghubungi talian hotline palsu yang diberikan;
yang mana pengguna akan berhubung dengan scammer yang
menyamar sebagai pegawai bank, dan/atau pihak berkuasa.
Melalui interaksi ini, pengguna akan seterusnya:
i. Diminta melayari laman sesawang palsu yang mana
mereka perlu memasukkan nama pengguna dan kata
laluan akaun perbankan Internet; ATAU
ii) Diminta memuat turun dan memasang Aplikasi palsu
dalam bentuk fail “.APK”, yang memerlukan mereka
memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun
perbankan Internet.
3) Kombinasi dan variasi helah serta modus operandi yang disebutkan
turut digunakan oleh scammer untuk memperdaya dan memperoleh
nombor Transaction Authorization Code (TAC) / One-Time PIN (OTP)
daripada pengguna.
Sehubungan itu, SKMM mengingatkan para pengguna supaya sentiasa berwaspada dan rujuk dahulu dengan pihak bank masing-masing jika
menerima apa-apa komunikasi yang mencurigakan.
Tetapi sekiranya pengguna baru menyedari diri telah diperdaya dengan memberikan maklumat perbankan Internet kepada pihak yang tidak sepatutnya, pengguna diminta untuk segera melaporkannya kepada pihak bank.
Malah pengguna juga boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan
berhubung perkara ini kepada pihak PDRM CCID Scam Response Centre
ditalian: 03-26101559 dan 03-26101599.
Atau kepada pihak SKMM melalui pautan:
https://aduan.skmm.gov.my,e-mel: [email protected], WhatsApp:
016 – 220 6262.
Sumber: SKMM