Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata Trinahome sesuai untuk isi rumah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mahu mengurangkan bil tenaga mereka dan membantu alam sekitar.
Pengarah Jualan Kanan Asia Pasifik dan Timur Tengah, Ku Jun-Heong berkata RE menyumbang dua peratus gabungan tenaga Malaysia, dan oleh itu wujud banyak peluang untuk meningkatkan bahagiannya di negara ini.
Beliau juga berkata tenaga solar berada pada kedudukan yang baik untuk membantu mencapai sasaran 20 peratus RE kerana kos tenaga solar telah berkurangan dengan ketara sejak sedekad yang lalu.
“Kos tenaga solar telah berkurang, hasil teknologi baru dan ekonomi yang menguntungkan dari segi kos. Kos bahan api fosil terus meningkat,” katanya.
Menurut Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa, jumlah kapasiti tenaga solar di Malaysia meningkat kepada 362 MW pada 2017 daripada 340 MW pada 2016, yang merupakan peningkatan enam peratus tahun ke tahun.
Trina Solar berkata kenaikan ini disumbang oleh penggunaa ke atas tenaga solar dan dasar kerajaan yang positif, seperti tarif galakkan dan meter tenaga bersih.
Memandangkan Malaysia berhampiran khatulistiwa, dengan banyak cahaya matahari sepanjang tahun, sudah semesti tenaga solar boleh memainkan peranan penting dalam gabungan tenaga negara, katanya.
Trinahome boleh dipasang dalam sehari, bergantung pada cuaca, dan pada mana-mana jenis bumbung di Malaysia.
Panel solar dan bahagian lain disokong oleh jaminan Trina Solar, termasuk jaminan prestasi 25 tahun ke atas panel solar.
— BERNAMA