Pada awal minggu ini, kami ada melaporkan mengenai rancangan mereka untuk membangunkan peranti dengan sensor kamera dalam skrin. Hanya beberapa hari selepas itu, Samsung kini dikatakan telah bersedia untuk melancarkan peranti pertama dengan rekaan berikut tidak lama lagi. Sekiranya benar, model yang digelar sebagai Samsung Galaxy A8s itu bakal menjadi peranti pertama dengan skrin paparan…
Kategori: Berita
Xiaomi Mi Mix 3 Berjaya Raih Markah 103 Untuk DxOMark
Xiaomi baru sahaja mengumumkan kehadiran peranti baru dengan mekanisme gelongsor, Mi Mix 3. Turut sama memeriahkan lagi berita kehadiran ini adalah perkongsian hasil ujian gambar dan video dari DxOMark. Peranti yang dilengkapi dengan sistem dwi kamera 12MP+12MP pada bahagian belakang dan 24MP+2MP pada bahagian hadapan ini berjaya meraih markah keseluruhan sebanyak 103 mengikut penanda aras…
Sokongan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar Google Pixel 3 Hanya Pada Dek Pengecas Yang Diiktiraf Sahaja
Pengecasan pantas menjadi semakin penting hari ini. Jika sesebuah peranti itu hadir tanpa sokongan pengecasan pantas, ia seolah-olah menjadi satu kekurangan besar kepadanya. Malah, pengecasan pantas kini sudah mula ikut serta bersama pengecasan tanpa wayar. Peranti Google Pixel 3 juga tidak mahu terlepas daripada menggunakan teknologi ini. Ketika dilancarkan, Pixel 3 dikatakan menyokong pengecasan pantas…
Mi Mix 3 Sudah Diumumkan – Kamera Depan Tersembunyi Dan RAM 10GB
Syarikat pengeluar yang semakin meningkat naik dari China, Xiaomi, telah mengumumkan sebuah model baru dalam siri Mi Mix dikenali sebagai Mi Mix 3. Siri Mi Mix memang terkenal dengan rekaan berbezel nipis dan pada model terbaru ini, konsep yang sama diterapkan dan menariknya lagi, kamera selfie disorokkan disebalik skrin paparan. Bagi membolehkan lensa kamera disembunyikan,…
Sistem Amaran Tsunami Menerusi SMS
KOTA KINABALU, 23 Okt (Bernama) — Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan membangunkan sistem khas yang akan berfungsi memberi maklumat awal berkenaan kejadian Tsunami menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), kata Menterinya Yeo Bee Yin. Beliau berkata sistem amaran itu antara lain akan menyalurkan maklumat berkenaan kejadian Tsunami kepada orang awam menerusi…
Imej Peranti Xiaomi Mi Mix 3 Tertiris Menjelang Pelancaran
Xiaomi bakal melancarkan satu lagi model baru, Xiaomi Mi Mix 3 mereka sebentar sahaja lagi. Majlis pelancaran dijadualkan akan berlangsung pada pukul 2 petang ini . Namun, imej sebenar peranti berkenaan dilihat telah tersebar di internet sejak awal pagi tadi. Seperti dijangka, peranti ini akan mempunyai nisbah paparan skrin pada badan peranti yang besar, memandangkan…
