Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Mix 3 5G Mungkin Dilengkapi Dengan RAM Sebesar 10GB

Imej Peranti Xiaomi Mi Mix 3 Tertiris Menjelang Pelancaran

Diterbitkan Oktober 25, 2018 oleh Haikel Areff

Xiaomi bakal melancarkan satu lagi model baru, Xiaomi Mi Mix 3 mereka sebentar sahaja lagi. Majlis pelancaran dijadualkan akan berlangsung pada pukul 2 petang ini . Namun, imej sebenar peranti berkenaan dilihat telah tersebar di internet sejak awal pagi tadi.

Imej Peranti Xiaomi Mi Mix 3 Tertiris Menjelang PelancaranSeperti dijangka, peranti ini akan mempunyai nisbah paparan skrin pada badan peranti yang besar, memandangkan ia mempunyai kamera hadapan yang tersorok di belakang skrin. Terdapat laporan yang menyatakan hampir 95% panel hadapan Mi Mix 3 ini akan dilitupi oleh panel paparan skrin jenis AMOLED bersaiz 6.4-inci.

Imej Peranti Xiaomi Mi Mix 3 Tertiris Menjelang PelancaranRekaan panel belakangnya pula nampak agak minimalis dengan tulisan “MIX” sahaja yang berada di sana. Ia berbeza dengan rekaan Mi Mix 2S yang nampak lebih elegan dan eksklusif. Bagaimanapun, sensor imbasan cap jari dapat dilihat sekaligus menjadikannya tidak akan hadir dengan imbasan cap jari dari dalam skrin seperti yang diura-urakan sebelum ini.

Harus diingatkan bahawa imej ini adalah belum rasmi, maka mungkin ada perbezaan di antara peranti ini dengan model sebenar yang akan dilancarkan sekejap lagi. Segala persoalan mengenai perkara ini bakal terjawab petang ini.

 

Sumber: Slashleaks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY