Qualcomm sebelum ini sedia melancarkan dua cip terbaru dalam siri 7xx, Snapdragon 730 dan Snapdragon 730G. Kini, satu lagi versi dikhabarkan bakal menyusul dengan nama Snapdragon 735 yang mana spesifikasinya didakwa sudah mula tersebar diinternet. Dibangunkan dengan proses 7nm sepertimana Snapdragon 855, ia menghadirkan 8-teras iaitu 1 teras dari siri Kryo 400 dikunci pada kelajuan…
Kategori: Berita
Google Play Store Dikatakan Menguji Ciri Muat Turun Beberapa Aplikasi Secara Serentak
Platform muat turun Android, Google Play Store dikhabarkan akan hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi perubahan antaramuka serta fungsi dalamannya. Salah satu ciri yang dilaporkan sedang diuji adalah kebolehan memuat turun beberapa aplikasi secara serentak. Umum sudah maklum bahawa ketika ini apabila muat turun aplikasi dibuat, ia akan dilakukan secara berturutan bermaksud, selepas selesai satu…
Pengeluar Telefon Pintar YotaPhone Diisytihar Bankrap
Berdepan saman beratus juta dollar dan jualan yang lemah menyebabkan syarikat ini bungkus. Jika anda masih ingat atau mungkin pernah terdengar nama syarikat Yota Devices, ia adalah syarikat pengeluar telefon pintar YotaPhone dari Rusia yang telah diisytiharkan bankrap baru-baru ini. Menurut laporan dari media Rusia, punca kepada bankrapnya syarikat ini adalah kerana saman yang difaikan…
Apple Sekali Lagi Tewas Saman Terhadap Swatch, Kali Ini Berkaitan Penggunaan Eksklusif Slogan ‘One More Thing’ Pula
Ini adalah kali kedua Apple kalah saman terhadap Swatch berkaitan penggunaan slogan untuk tanda dagangan mereka. Sebelum ini, Apple pernah menyaman pengeluar jam tangan Swatch berkaitan penggunaan slogan pemasaran “Tick Different” pada 2017 dahulu. Keputusannya telah pun diketahui baru-baru ini yang mana ia telah dimenangi oleh pihak Swatch. Berita buruk Apple tidak berhenti setakat itu…
Gen Y Khususnya Lelaki Didapati Lebih Mudah Di ‘Scam’ Menurut Penyelidik
Kajian ini dijalankan ke atas rakyat Amerika, bukan Malaysia. Tetapi ia memberikan gambaran yang sama iaitu betapa mudahnya pengguna ditipu. Satu laporan penyelidikan terhadap isu Spam dan Scam di Amerika Syarikat bagi tahun 2019 telah dikeluarkan oleh Truecaller, iaitu sebuah syarikat pembangun aplikasi yang khusus bagi menyekat spam dan panggilan palsu. Menurut Truecaller, kerugian yang…
Malaysia Mungkin Bakal Anjur Piala Dunia Mobile Legends Tahun Hadapan
Selain PUBG Mobile, Mobile Legends juga menjadi antara permainan e-sukan yang popular di kalangan anak muda di negara ini. Pembangunnya, Moonton sebelum ini dikatakan bercadang untuk mengadakan satu kejohanan peringkat dunia bagi permainan itu pada tahun hadapan. Jika perancangan itu menjadi kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bahawa pihaknya…
