Hari ini OPPO telah melancarkan OPPO Ace2 iaitu peranti kelas flagship yang dijual pada harga yang rendah. Ia juga memegang rekod sebagai peranti dengan sistem pengecasan yang terpantas dalam pasaran sekarang. Jika sebelum ini, model Ace diletakkan di bawah siri Reno, dengan Ace2, OPPO tidak lagi berbuat demikian. OPPO Ace2 terbaharu ini menyokong pengecasan pantas…
Kategori: Berita
Nubia Tukar Logo Baharu Dengan Rekaan Lebih Ringkas Dan Moden
Jenama sub ZTE iaitu Nubia yang popular dengan barisan peranti gaming Red Magic hari ini telah mendedahkan logo baharu untuk syarikat itu. Logo yang terbaharu ini menggunakan rekaan berasaskan tipografi berbanding logo lama yang berasaskan rekaan grafik. Melalui logo baharu ini, ia lebih ringkas dan juga lebih moden. Dengan perasmian penggunaan logo baharu ini juga…
UAE Membenarkan Perkahwinan Secara Dalam Talian Melalui Persidangan Video
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mula membenarkan perkhidmatan perkahwinan dalam talian bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan sepanjang tempoh penularan pandemik Covid-19. Perkara ini dilaporkan oleh akhbar tempatan negara itu, The National. Kementerian Keadilan, yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan perkahwinan di negara itu, telah membangunkan sebuah sistem e-zawaj bagi pasangan yang terlibat untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan…
Google Perkenal Papan Kekunci ‘TalkBack’ Braille Untuk Pengguna OKU Penglihatan
Google sedia menawarkan ciri Talkback dan kini giliran papan kekunci braille maya pula diperkenalkan pada peranti Android. Ini bermakna, pengguna cacat penglihatan tidak lagi perlu menggunakan perkakasan luaran dengan menggunakan fungsi terbina TalkBack ini. Google menyatakan, mereka bekerjasama dengan pembangun braille dan pengguna dalam membangunkan fungsi ini. Oleh itu, ia akan menjadi biasa kepada sesiapa…
Vivo Kongsikan Cara Bersihkan Telefon Pintar
Dunia ketika ini sedang menghadapi situasi luar biasa dengan penularan wabak Covid-19. “Duduk dirumah, jaga penjarakan sosial” inilah antara ungkapan yang dilaungkan-laungkan diseluruh negara yang terlibat. Selain itu, itu kita juga dinasihatkan supaya kerap membasuh tangan sama ada menggunakan sabun mahupun sanitizer sebagai langkah pencegahan. Sedar dengan gaya hidup pengguna moden yang selalu berdampingan dengan…
realme 6i Akan Dilancarkan Melalui Acara Dalam Talian Pada 16 April Ini
Walaupun Malaysia kini dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), realme Malaysia mengumumkan untuk memperkenalkan siri baru realme 6i yang akan diadakan pada 16 April ini melalui acara dalam talian. realme 6i dijana oleh cip Helio G80, iaitu pertama di dunia yang menggunakan cip ini dan dikatakan mampu memberi kualiti gambar yang lebih baik semasa…
