Bakal dikuasakan oleh cip Snapdragon 865. Sebelum ini telah dilaporkan bahawa model telefon pintar Asus ROG Phone III mungkin akan diumumkan pada bulan Julai nanti. Kini terdapat pula ura-ura bahawa telefon pintar berprestasi tinggi itu akan datang dengan pilihan spesifikasi RAM 8GB dan 128GB. Ura-ura ini timbul selepas munculnya rujukan skor prestasi yang dipercayai merujuk kepada…
Kategori: Berita
Pengguna iPhone 11 Mengadu Tentang Isu Kesan Warna Hijau Pada Skrin Peranti
Belum ada penyelesaian setakat ini. Sebahagian pengguna iPhone 11 mendakwa berlaku perubahan warna kepada skrin peranti mereka selepas peranti dinyah kunci. Mereka mendakwa warna skrin peranti mereka berubah menjadi warna hijau. Pengguna yang terjejas pula meliputi pengguna model iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Seorang pengguna iPhone 11 Pro Max melaporkannya…
Kamera OnePlus 8 Pro Mengatasi Galaxy S20 Dan iPhone 11 Pro Max – DxOMark
iPhone 11 Pro Max jatuh ke tangga 12. Pihak DXOMark telah mengeluarkan keputusan prestasi bagi telefon pintar flagship Android terbaru dari OnePlus iaitu OnePlus 8 Pro. Hasil dari ujian mereka, DXOMark memberikan skor pada kamera OnePlus 8 Pro sebanyak 119 markah. Ia sekaligus meletakkan kedudukan prestasi kamera peranti itu di tangga ke-10 ketika ini yang…
Pelanggan unifi Mobile Bakal Nikmati Data Percuma Sehingga 31 Ogos Ini
Melalui pengumuman terbaru dari Telekom Malaysia Berhad (TM), semua pelanggan sedia ada unifi Mobile akan ditawarkan dengan data 1GB LTE percuma setiap hari untuk digunakan dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Tawaran ini akan bermula pada 10 Jun dan berakhir 31 Ogos 2020. Kuota LTE harian percuma ini akan digunakan terlebih dahulu sebelum kuota…
Selpic P1, Pencetak Mudah Alih Bersaiz Kecil
Selpic, sebuah jenama yang menyediakan penyelesaian pencetakan digital kini telah menyenaraikan Selpic P1 di platform pembiayaan orang ramai (crowdfunding), Indiegogo. Selpic P1 merupakan pencetak mudah alih yang boleh digunakan untuk mencetak logo, teks, gambar, kod bar, kod QR dan lain-lain. Pencetak ini boleh mencetak pada permukaan yang berbeza seperti logam, tekstil, kulit, kertas, dan bahan…
Kerajaan Umum Pemberian RM50 Untuk e-Dompet
Melalui Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disampaikan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, kerajaan telah mengumumkan inisiatif ePenjana. Melaluinya, rakyat Malaysia bakal menikmati RM50 yang akan dikreditkan pada e-Dompet. Selain itu, ia turut dipadankan dengan baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal. Ia akan disalurkan kepada warganegara Malaysia yang berumur…
