Setelah berkolaborasi dengan beberapa jenama mewah automotif seperti Porsche, Lamborghini, dan Mercedes-Benz, vivo Malaysia kini bekerjasama dengan Maserati, untuk acara Amazing Hunt Challenge. Acara ini menyaksikan 50 buah kereta Maserati bertolak dari Naza Italia, Kuala Lumpur ke Kuantan pada 22 Julai, melepasi 10 checkpoint dalam perjalanan pencarian harta karun. Seiring nilai jenama ‘Joy of Humanity’, siri vivo…
Kategori: Berita
Ketua Instagram Jawab Gesaan Untuk Berhenti Cuba Menjadi TikTok
Sehari selepas selebriti terkenal, Kylie Jenner dan Kim Kardashian mengkritik Instagram kerana “cuba menjadi TikTok”, Ketua Instagram, Adam Mosseri, berkongsi video untuk menjelaskan perubahan terbaru pada platform tersebut. Ini berikutan Mark Zuckerberg, yang memiliki Facebook dan Instagram, telah melancarkan ciri video pendek, pasaran yang dikuasai TikTok pada platform mudah alih. Ramai pengguna mula memberi maklum…
SK Hynix Jangka Permintaan Cip Memori Menurun Hingga Akhir Tahun
SK Hynix, pengeluar cip kedua terbesar di Korea Selatan berkata mereka menjangka permintaan terhadap cip memori akan menurun untuk separuh kedua tahun ini (Jun-Disember 2022). Dalam kenyataan sama, syarikat mengatakan jualan komputer dan telefon pintar mungkin lebih rendah daripada jangkaan awal. Bagi suku ketiga sekarang, permintaan terhadap pelayan memori (memory server) di pusat data juga…
Keuntungan Google Turun Berturut-Turut, Lebih RM9 Bilion Setakat Jun
Syarikat induk Google, Alphabet, menyaksikan pendapatan syarikat turun secara berturut-turut untuk suku kedua tahun ini. Alphabet berjaya menghasilkan sekitar $16 bilion (~RM71.3 bilion) keuntungan pada suku kedua 2022, kurang daripada $18.5 bilion (~RM82.5 bilion) dalam tempoh yang sama tahun lepas. Berdasarkan laporan pendapatan suku kedua 2022, peningkatan perbelanjaan boleh menjadi salah satu sebab, walaupun pendapatan…
Proton X50 Kini Terima ATLAS OS, Ekosistem Baharu Ganti GKUI
Syarikat perisian tempatan, ACO Tech, mengumumkan bahawa sistem pengendaliannya iaitu ATLAS OS (ACO Tech Local Automotive Services) kini tersedia untuk Proton X50 melalui kemas kini over-the-air (OTA). Ini akan menggantikan Ekosistem Pintar Geely (GKUI) sedia ada yang kini dilengkapi pada kenderaan itu, selain menawarkan pelbagai penambahbaikan untuk navigasi dan pengecaman suara. Pelancaran untuk sistem baharu ini…
Ini Imej Dan Senarai Ciri Baharu Dilaporkan Dalam MIUI 14
Antara muka yang terkini daripada Xiaomi ialah MIUI 13. Jadi, yang seterusnya, kemas kini utama selepas ini yang dinanti-nanti ialah MIUI 14. Ia dijangka dilepaskan bersama Xiaomi 13 penghujung tahun ini. Dari segi rekaan antara muka, konsepnya digunakan dan keseluruhan reka bentuk masih saja sama seperti MIUI 12. Antara ciri baharu dilaporkan seperti di bawah:…
