Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp in pink 2

Berhati-Hati Dengan Tawaran Versi “Watsapp In Pink”

Diterbitkan April 20, 2021 oleh ariff bukhari

Seorang penyelidik keselamatan bernama Rajshehkar Rajaharia mendedahkan sedang berlakunya penyebaran pautan aplikasi “Watsapp In Pink” di dalam grup-grup WhatsApp.

Pautan “Watsapp In Pink” itu kononnya akan menawarkan tema berwarna merah jambu kepada pengguna serta kononnya dilengkapi dengan ciri-ciri baru yang sedia digunakan di dalam aplikasi WhatsApp.

Tetapi sebaliknya pautan itu akan menyebabkan pengguna yang terpedaya terdedah kepada serangan penggodaman.

Pautan yang menggunakan teknik “phishing” itu memang direka dengan niat untuk mencuri data peribadi pengguna yang tersimpan di dalam telefon pintar pengguna.

whatsapp in pink

Melihat kepada iklan “Watsapp In Pink” di atas, amat jelas ejaan yang digunakan serta jenis font adalah amat tidak sama sepertimana yang ditawarkan aplikasi WhatsApp rasmi.

Oleh itu, pengguna WhatsApp dinasihatkan supaya tidak mudah cepat tap pada pautan yang diterima mereka terutamanya dari pihak yang tidak dikenali di dalam aplikasi WhatsApp.

Ini bukanlah kali pertama pihak tidak bertanggungjawab menawarkan versi  WhatsApp yang cuba memperdaya pengguna bagi tujuan penggodaman.

Sebelum ini telah munculnya versi WhatsApp Gold yang dipercayai membawa perisian hasad di dalamnya.

Sumber: Gadjet 360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY