Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Berbakat Dan Minat Buat Muzik? Sertai HP Mentorship Project Ini

Posted on Oktober 15, 2021

HP awal minggu ini telah mengumumkan bahawa mereka sedang mencari bakat daripada golongan belia untuk menjayakan generasi muda.

HP menyatakan bahawa belia kini mempunyai potensi untuk menghasilkan kerja dan seni yang boleh memberi manfaat kepada HP dan diri mereka sendiri.

Oleh itu, 3 mentor ternama iaitu Zee Avi (penulis lagu), Daniel Veerapen (komposer dan penerbit) dan Edwin Raj (pengarah) akan membimbing mentees yang bertuah untuk mengasah bakat mereka dalam bidang masing-masing.

Selain itu, mentees yang terpilih akan mendapat produk daripada HP seperti HP Spectre x360 14 atau HP Envy 15.

Jika anda rasa anda mempunyai bakat yang dicari, anda boleh klik SINI untuk maklumat lanjut. Tarikh pendaftaran bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November 2021. 

Sumber: Siaran Akhbar HP

Baca juga:

  • AMD RX 6600 Dilancar, Pesaing RTX 3060 Tapi Harga Lagi Murah
  • Telefon Redmi Dijangka Hadir Dengan Antara Muka Tersendiri

  • Apple Watch Series 7 Mula Ditawarkan Buat Peminat Tempatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress