Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Memaklumkan Isu “Startup” Windows Yang Perlahan

Beratus Ribu Komputer Windows Masih Terdedah Kepada Eksploitasi ‘Bluekeep’

Diterbitkan November 17, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda masih ingat, pada tahun lalu Microsoft telah mengeluarkan amaran kepada para pengguna Windows tentang kewujudan pepijat yang dikenali sebagai ‘Bluekeep‘.

Pepijat itu diklasifikasikan sebagai pepijat kritikal kerana ia boleh menyebabkan eksploitasi terhadap sistem Windows yang boleh ia boleh dibuat secara kawalan jauh (remote desktop protocol aka RDP) bagi menyerang mangsa.

Walaubagaimanapun, selepas lebih setahun tentang kewujudan pepijat ‘Bluekeep’ ini disedari, tetapi sebahagian pengguna Windows masih didapati terdedah dengan eksploitasi pepijat tersebut.

Menurut penyelidik keselamatan bernama Jan Kopriva dari SANS ISC, walaupun berlaku penurunan komputer terdedah kepada Bluekeep, tetapi dipercayai lebih daripada 240,000 komputer yang menggunakan sistem operasi Windows masih terdedah kepada eksploitasi pepijat tersebut.

Beratus Ribu Komputer Windows Masih Terdedah Kepada Eksploitasi ‘Bluekeep’
Sumber: ICS

Eksploitasi BlueKeep bukanlah isu baru kerana ia mula disedari sejak Mei 2019 lalu dan pihak Microsoft telah pun melepaskan kemas kini bagi menghalang serangan ini.

Ia merupakan salah satu pepijat yang berjaya ditangani oleh Microsoft dan mendapat perhatian besar pengguna Windows kerana eksploitasi kritikalnya terhadap sistem operasi Windows.

Sebelum dikesan, Bluekeep dipercayai telah menyebabkan 950,000 buah sistem komputer terdedah kepada eksploitasi pepijat tersebut.

Menurut Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA), pihak yang mengeksploitasi pepijat itu pula dikesan datang dari penggodam Russia dan China.

Sumber: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY