Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BeLive Dilancar Di Singapura, Bakal Beri Saingan Kepada Bigo Live

BeLive Dilancar Di Singapura, Bakal Beri Saingan Kepada Bigo Live

Diterbitkan April 12, 2017 oleh Helmi Samsuri

Apabila dilancarkan pada bulan Mac tahun lalu, penggunaan aplikasi Bigo Live meningkat dengan pantas sehingga mendominasi penstriman video secara langsung bagi rantau Asia Tenggara.

Bagi anda yang tidak tahu, ia merupakan aplikasi yang membolehkan anda menyiarkan video secara langsung dari telefon mudah alih.

Buat masa ini, Bigo Live merupakan antara 5 aplikasi yang mendapat kutipan tertinggi bagi pasaran Indonesia berdasarkan data dari AppAnnie.

Melihatkan perkara itu, sebuah startup dari Singapura telah membangunkan sebuah aplikasi yang hampir serupa dengan Bigo Live.

BeLive-popular-channels

Aplikasi yang diberi nama sebagai BeLive itu mendapat suntikan dana sebanyak US$1.5 juta dari pelabur dan salah satunya adalah gergasi media Singapura, MediaCorp.

Startup itu diketua oleh Kenneth Tan selaku ketua pegawai eksekutif BeLive.

BeLive lebih menumpukan kepada kandungan video yang lebih “bersih” dengan “persekitaran yang selamat” jika dibandingkan dengan Bigo Live yang kadangkala mengandungi video sedikit keterlaluan untuk ditonton.

Syarikat dari Singapura ini juga mempunya sebuah pasukan khas yang akan memantau penyiar video supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya penyiar video itu melanggar peraturan, mereka akan disekat serta dihalang dari menggunakan aplikasi tersebut.

Diharapkan penyiar video untuk aplikasi BeLive ini dapat memaparkan kandungan video yang lebih bermanfaat untuk tontonan umum.

Sumber: Tech in Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY