vivo Malaysia telah melancarkan varian warna baharu untuk vivo Y100 5G iaitu berkulit oren dengan harga RM 1,199. Variasi baharu tersebut kini tersedia di laman web rasmi vivo Malaysia dan kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada.
Bersempena dengannya, pengguna boleh menikmati keseronokan dari SOI 55 iaitu rantaian restoran Thai dengan 13 cawangan di seluruh Malaysia.
Terdapat Photobooth untuk bergambar dan peserta berpeluang memenangi hadiah menarik sehingga RM5,000 melalui cabutan bertuah.
Berikut merupakan maklumat untuk hadir ke vivo Y100 5G Orange Leather Experience Day pada hujung minggu:
- Tarikh: 15 Jun 2024.
- Masa: 11:00 pagi – 6:00 petang.
- Tempat: Drea’s Space, 23A-1, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
vivo Y100 5G yang dihiasi dengan kulit oren ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 4 Gen 2 serta digandingkan bersama 8GB RAM LPDDR4X dan 256GB storan.
Sistem operasinya pula adalah Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.
Telefon ini menggunakan skrin AMOLED 6.67 inci yang berkadar segar semula 120Hz dengan resolusi 2400 x 1080.
Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP serta dilengkapi dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang digandingkan dengan pengecasan 80W.
Beli produk vivo di:
Shopee – https://invl.io/clkoycq
Lazada – https://invol.co/clkoycw
{suggest}
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia
