Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno2 Ocean Blue X Starbucks

Beli OPPO Reno2 Dan Anda Berpeluang Memiliki Tumbler Starbucks Edisi Terhad

Diterbitkan Disember 10, 2019 oleh Haikel Areff

Pada 12 Disember ini, OPPO bakal membuka kedai utama yang kedua bertempat di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Bersempena dengan kerjasama mereka bersama Starbucks Malaysia, anda berpeluang untuk menjadi antara 100 pelanggan yang pertama memiliki barangan edisi terhad Reno2 Ocean Blue x Starbucks Tumbler yang bernilai RM 56.

Tambah menarik lagi, anda juga berpeluang untuk menerima Bluestooth speaker bernilai RM 199 dengan pembelian Reno2 versi Ocean Blue tersebut, dan ia ditawarkan secara “siapa cepat, dia dapat”.

Beli OPPO Reno2 Dan Anda Berpeluang Memiliki Tumbler Starbucks Edisi Terhad

Selain menerima penampilan khas daripada Phei Yong (Youtuber Malaysia), Starbucks juga akan membuka kiosk di mana 100 pelanggan pertamanya akan dapat menikmati minuman secara percuma apabila mereka turut serta dalam aktiviti penghasilan gambar yang kreatif di photo booth untuk dimuat naik ke Instagram bersama hashtag rasmi.

Di bahagian dalam, OPPO Reno2 ditawarkan dengan cip Snapdragon 730G yang akan mengoperasikan sistem ColorOS 6.1 berasaskan Android 9. Tersedia dengan RAM 8GB berserta ruang storan dalaman sebesar 256GB.

Peranti ini didatangkan dengan ciri Ultra Steady bagi rakaman video tanpa gegaran dan Ultra Dark pula bagi rakaman yang lebih jelas di tempat kurang pencahayaan. Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, Reno2 menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 2OW.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY