Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
toyota mazda scandal

Toyota Uji Bateri EV Di Kilang Mazda

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

Toyota dan Mazda memulakan ujian lapangan sistem Sweep Energy Storage System di kilang Mazda, Hiroshima.

Sistem ini menggunakan semula bateri kenderaan elektrik (EV) Toyota untuk menyimpan dan menyalurkan tenaga di kilang Mazda.

Bateri terpakai ini disambungkan dengan sistem pengurusan tenaga Mazda bagi menguji kestabilan, kecekapan, serta kualiti caj dan nyahcaj.

Matlamatnya ialah untuk menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui, membina ekosistem bateri lestari di Jepun serta menyumbang ke arah neutral karbon.

Toyota Uji Bateri EV Di Kilang Mazda
Sistem ini dengan cepat menghidupkan dan mematikan aliran kuasa setiap bateri, walaupun apabila bateri baru disambungkan ke bateri yang terdegradasi atau dengan kapasiti yang berbeza.

Inisiatif ini juga menyokong penggunaan semula bateri kenderaan elektrik, sekali gus mengukuhkan rantaian bekalan dan daya saing industri automotif Jepun.

Ini bukanlah kali pertama bateri EV terpakai digunakan untuk tujuan penyimpanan tenaga.

Beberapa negara lain seperti Jerman dan AS juga sudah mula mengaplikasikan bateri EV terpakai sebagai sistem storan tenaga  bagi menyimpan lebihan tenaga seperti dari solar dan angin.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Bateri EV Terpakai Kini Temui Kehidupan Kedua
  • Jerman Ubah Bateri EV Lama Jadi 'Powerbank' Masa Depan

Sumber: Mazda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY