Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri EV

Bateri EV 1,000km Baharu Boleh Dicas Penuh Sepantas 6 Minit, Berfungsi Dalam Sebarang Cuaca

Diterbitkan Ogos 28, 2024 · Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat pemula, China Greater Bay Technology telah mendakwa bahawa bateri kenderaan elektrik (EV) baharunya boleh berfungsi dalam sebarang cuaca.

Dipanggil sel Pheonix, bateri itu menggunakan bahan superkonduktor dan pengurusan haba untuk membawa suhu beku kepada suhu bilik biasa dalam masa 5 minit sahaja.

Menurut pengasasnya, Huang Xiangdong , penggunaan bahan superkonduktor dan teknologi pengurusan haba dalam sel memastikan bateri boleh dipanaskan semula daripada suhu serendah -4 Fahrenheit (-20 darjah Celsius) hingga 77 Fahrenheit (25 darjah Celsius) dalam masa lima minit sahaja.

Tidak sekadar itu, bateri mereka yang boleh memberikan jarak sejauh 1,000km juga didakwa boleh dicas dengan pantas dengan mencapai kapasiti penuh dalam masa 6 minit sahaja pada suhu normal.

Suhu yang melampau telah menjadi ancaman bagi bateri EV sejak ia diperkenalkan.

Apabila suhu menurun di bawah 32 darjah Fahrenheit (sifar darjah Celsius), bateri EV akan kehilangan kecekapan pengecasannya.

“Bateri Phoenix bukan sahaja menangani masa pengecasan yang lama untuk EV, tetapi isu yang lain. Tidak kira sama ada hari panas atau hari sejuk, julat bateri Phoenix tidak akan terjejas.” Huang Xiangdong, pengasas China Greater Bay Technology.

Huang Xiangdong merupakan antara tokoh terkemuka di China dalam teknologi bateri EV.

Beliau pernah mengetuai Pusat R&D di GAC pada 2006 dahulu di mana beliau menyelia pembangunan SUV GS4, yang telah menjadi salah satu model paling popular syarikat itu.

Selepas bersara pada 2016 tetapi kembali pada 2020 dengan menghasilkan bateri generasi pertama mereka yang boleh dicas semula dalam masa kira-kira 15 minit dan memberikan jarak sejauh 310 batu (500km).

Teknologi itu sudah pun dimuatkan dalam bateri EV Aion GAC, sebuah SUV elektrik.

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lagi Model EV China Bakal Masuk Malaysia, GAC Aion Y Plus Akan Saingi BYD Atto 3
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Teknologi Li-Fi Akan 100 Kali Lebih Pantas Dari Wi-Fi, Ini Yang Perlu Anda Tahu
  • Akhirnya, Android 15 Sah Akan Tiba Oktober 2024, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Dulu

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY