Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airtag aksesori

Baru Dilancar, Apple AirTag Berjaya Digodam

Diterbitkan Mei 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada penghujung bulan yang lalu, Apple melancarkan penjejak barang pertama mereka menerusi AirTag. Akan tetapi, belum mencapai sebulan, peranti tersebut sudah berjaya digodam.

Namun, ia bukanlah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana penyelidik keselamatan IT, stacksmashing yang berbuat demikian.

Yesss!!! After hours of trying (and bricking 2 AirTags) I managed to break into the microcontroller of the AirTag! 🥳🥳🥳

/cc @colinoflynn @LennertWo pic.twitter.com/zGALc2S2Ph

— stacksmashing (@ghidraninja) May 8, 2021

Berkait dengan godaman itu, beliau berjaya untuk mengakses microcontroller yang ada pada AirTag dan mengubah cara bagaimana ia berfungsi.

Buat pengetahuan, apabila AirTag diletakkan pada mod hilang (lost mode), sebarang peranti NFC seperti iPhone atau Android yang berhampiran dengan AirTag, mereka akan segera menerima isyarat untuk membuka pelayar dan membawa ke laman Apple untuk mengetahui pemiliknya.

Oleh itu, individu yang tidak bertanggungjawab boleh sengaja membuatkan AirTag berada dalam mod tersebut dan apabila pelayar dibuka, pengguna itu akan dibawa ke laman yang mempunyai kandungan berniat jahat.

Walaupun godaman pada AirTag tidak mudah tetapi Apple perlu segera memberi maklum balas terhadap isu ini.

Sumber: ubergizmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY