Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung SeeColors mode

Barisan TV Dan Monitor Samsung 2023 Dilengkapi Ciri Bantu Pengguna Buta Warna

Diterbitkan Julai 26, 2023 · Dikemas kini Julai 26, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan ciri terbaru yang dikenali sebagai mod SeeColors pada barisan TV dan monitor 2023 mereka.

Ciri baharu itu menyediakan pelbagai tetapan warna berdasarkan darjah dan jenis kekurangan penglihatan warna (CVD) bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih baik.

Mod SeeColors menyediakan sebanyak 9 praset gambar supaya pengguna boleh memilih tetapan yang paling sesuai untuk mereka.

Samsung SeeColors mode 1

Ciri ini melaraskan tahap merah, hijau dan biru untuk memastikan penonton dapat membezakan warna pada skrin dengan mudah bergantung pada tahap atau jenis CVD mereka.

Pada asalnya ciri ini dikeluarkan dalam bentuk aplikasi pada tahun 2017 dahulu. Tetapi kini ia disepadukan ke dalam TV yang memudah pengguna mengaksesnya.

Bagi anda yang telah membeli model tv atau monitor Samsung 2023, kemas kini perisian akan tersedia untuk menambah mod SeeColors pada menu tv tersebut.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • ChatGPT Untuk Android Terhad Di 4 Negara
  • Menara CelcomDigi Dijual Untuk RM450 Juta

Sumber: Siaran Media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY