Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Barang ‘Rare’, Enigma Dijual Pada Harga ~RM2.3 Juta

Barang ‘Rare’, Enigma Dijual Pada Harga ~RM2.3 Juta

Diterbitkan November 20, 2025 · Dikemas kini November 20, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah mesin penyulitan Enigma Nazi yang sangat jarang ditemui dan masih berfungsi — yang terkenal kerana berjaya dipecahkan oleh pakar kod Pihak Berikat semasa Perang Dunia Kedua — telah berjaya dijual pada harga hampir setengah juta euro di Paris, iaitu dua kali ganda harga jangkaan, menurut rumah lelong Christie’s pada Rabu.

Berdasarkan sistem kekunci dan rotor kompleks, mesin Enigma digunakan oleh Jerman untuk komunikasi tersulit semasa perang di mana pada mulanya ia di luar kemampuan perisikan Pihak Berikat untuk memecahkannya.

Barang ‘Rare’, Enigma Dijual Pada Harga ~RM2.3 Juta
Model Tentera Enigma I.

Enigma M4 yang dijual di Paris itu merupakan versi baharu dan lebih canggih yang ditempah oleh Laksamana Jerman Karl Dönitz pada 1941 untuk komunikasi dengan armada kapal selamnya ketika Nazi cuba mengepung Britain.

Diletakkan dalam kotak kayu, dengan papan kekunci dan empat rotor, mesin itu dijual pada harga 482,600 euro (~RM2.3 juta) kepada pembeli yang tidak dikenali pada Selasa di Paris, kata Christie’s dalam satu kenyataan kepada AFP.

Ia sebelum ini dimiliki oleh seorang pengumpul Perancis.

Enigma M4
Enigma M4 yang dijual di Paris. Kredit: Christie’s.

Satu lagi mesin M4 — jenis paling jarang dalam kalangan mesin Enigma yang masih wujud — dijual pada harga $365,000 di New York pada 2015 dahulu, yang ketika itu dianggap sebagai rekod oleh rumah lelong Bonhams.

Enigma berjaya dipecahkan oleh ahli matematik British, Alan Turing, dan pasukannya dalam program rahsia yang hanya didedahkan kepada umum pada 1990-an, dan dianggap memberikan sumbangan penting kepada kemenangan Pihak Berikat.

Kisah ini turut menjadi subjek buku oleh penulis British Robert Harris dan filem dicalonkan Oscar pada 2014, “The Imitation Game”, dibintangi Benedict Cumberbatch. – AFP

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • GIGABYTE Lancar Superkomputer Kompak Dipacu NVIDIA Blackwell
  • Loji Nuklear Terbesar Dunia Dilapor Akan Dihidupkan Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akhirnya Buka Akses Model AI Tercanggih, Tapi Hanya Kepada 200 Penyelidik Di Eropah
  • Razer Lancar 3 Set Fon Kepala Baharu Tema Pokemon Berharga RM509
  • Gemini 4 Argon Kini Tersedia Dalam Aplikasi Gemini
  • Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac
  • Getty Images Failkan Pelan Bankrap, Akan Menjadi Syarikat Swasta
  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
  • Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi BNPL Bernilai RM5.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026
  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
©2026 WISER.MY