Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Banyak Habiskan Masa Di Skrin Tidak Bantu Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak – Kajian

Banyak Habiskan Masa Di Skrin Tidak Bantu Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak – Kajian

Diterbitkan Mac 30, 2024 oleh ariff bukhari

Masa skrin telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, termasuk kehidupan anak-anak. Malah apabila
pandemik bermula, masa skrin kanak-kanak telah meningkat secara mendadak, meningkat kira-kira 52% menurut laporan kajian.

Akibatnya, kanak-kanak yang menghabiskan lebih banyak masa di skrin didapati mempunyai kemahiran bahasa yang lebih rendah.

Dapatan itu adalah daripada 42 kajian yang dibuat ke atas golongan tersebut.

Kajian itu mendapati, kanak-kanak yang mula menggunakan skrin lebih awal (di bawah umur 2 tahun) didapati cenderung mempunyai kemahiran yang lebih lemah.

Oleh sebab itulah, salah satu sebab garis panduan masa skrin secara amnya mengesyorkan tiada masa skrin untuk kanak-kanak sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya 2 tahun. Bermakna, lebih lambat menggunakan peranti pintar berskrin seperti telefon telefon adalah lebih baik kepada kanak-kanak.

Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berinteraksi dan bercakap dengan ibu bapa mereka semasa mereka menonton rancangan TV didapati cenderung mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik.

Dapatan itu sesuai dengan semua penyelidikan yang menunjukkan bahawa berinteraksi dan bercakap dengan penjaga sangat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak belajar bahasa percakapan mereka semasa interaksi sehari-hari yang mereka ada dengan orang penting dalam hidup mereka, iaitu ibu dan bapa.

Tiada apa yang boleh menggantikan masa yang anda habiskan untuk bersenang-senang dan bercakap dengan anak anda.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Hanen Centre

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY