Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
go by bank islam

Bank Islam Turut Alami Masalah, Perbankan Internet Tidak Dapat Dicapai

Diterbitkan April 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa jam lalu, sebuah bank tempatan dengan nama Maybank mengesahkan perkhidmatan mereka termasuk transaksi FPX, laman web dan aplikasi M2U, MAE tidak dapat diakses pelanggan buat sementara waktu.

Kini, Bank Islam juga melalui laman sosial mereka juga memaklumkan perkhidmatan mereka seperti bankislam.biz dan aplikasi Go by Bank Islam sedang mengalami isu menyebabkan ia tidak dapat diakses.

Menurut kenyataan mereka, perkara ini berlaku disebabkan trafik yang tinggi. Mereka meminta pelanggan untutk menutup pelayar dan mencuba lagi.

Melalui tinjauan kami, ia sudah mula bermasalah sejak pagi tadi, sekitar waktu yang sama Maybank mula mengalami gangguan.

25 hari bulan merupakan tarikh lazim kakitangan kerajaan menerima gaji bulanan. Selari dengan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, mungkin faktor ini menjadi menyumbang pada kesesakan trafik dihadapi hari ini.

Setakat ini, bank-bank lain termasuk CIMB tidak mengalami sebarang masalah capaian.

Baca juga:

  • Ini Cara Dan Senarai Lokasi ATM Maybank Terpilih Untuk Tukar Duit Raya
  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya
  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY