Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Bank Di Singapura Kini Hadkan Akses Jika Pelanggan Pasang Aplikasi ‘Sideloaded’

Diterbitkan September 27, 2023 ยท Dikemas kini September 29, 2023 oleh ariff bukhari

Bank tempatan Singapura, DBS dan UOB telah memperkenalkan langkah keselamatan baharu, mengikuti langkah OCBC dan Citibank.

Langkah baharu itu termasuklah menyekat pelanggan mereka daripada mengakses perkhidmatan perbankan digital pada telefon mudah alih jika mereka didapati memuat turun dan memasang aplikasi daripada sumber yang tidak sah.

Langkah-langkah ini adalah sebagai tindak balas kepada peningkatan bilangan penipuan perisian hasad yang menyasarkan pengguna peranti Android.

Kedua-dua bank telah menekankan bahawa kemas kini keselamatan ini tidak memantau aktiviti telefon pengguna atau mengumpulkan data peribadi, tetapi dengan matlamat untuk meningkatkan perlindungan terhadap kemungkinan pelanggaran keselamatan.

Menurut laporan Check Point Intelligence, institusi kewangan di Singapura diserang sebanyak 340 kali secara purata setiap minggu dalam tempoh 6 bulan terakhir tahun ini.

“Ia sememangnya satu langkah yang baik oleh DBS dan UOB untuk melindungi pelanggan mereka dan akaun bank yang berkaitan. Aplikasi sideloaded amat berisiko apabila menggunakan Android berakar (rooted) atau peranti jailbreak.

“Walaupun ia mungkin memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memasang mana-mana aplikasi yang mereka mahu, tapi banyak aplikasi telah mengenepikan proses semakan Apple dan Google dan boleh mengandungi perisian hasad dan/atau perisian pengintip, menyebabkan pengguna tidak menyedari bahawa data dan maklumat mereka terbuka kepada potensi dicuri.” Ray Kelly, Fellow, Synopsys Software Integrity Group.

Berkaitan

  • Apple Tekankan Aplikasi 'Sideload' Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)
  • Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula
  • Grup Ransomware Baharu Dakwa Berjaya Godam Seluruh Sistem Sony

Sumber: Siaran media McGallen and Bolden

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY