Bandar Purba Kaum Maya Ditemui Di Hutan Hujan Guatemala

Para saintis dari Universidad de San Carlos, Guatemala telah menemui tapak purba kaum Maya itu menggunakan teknologi Lidar. Lidar adalah sebuah teknologi pemetaan yang menggunakan cahaya laser.

Temples in Tikal National Park. Credit: PBH / Alamy Stock Photo

Melalui teknologi ini, tapak purba ini berjaya ditemui di bawah hutan tebal Mirador-Calakmul Karst Basin, Guatemala.

Mengikut jurnal ini, bandar Maya ini berusia 2,000 tahun, ada hampir 1,000 buah petempatan bandar yang dihubungkan jaringan jalan sepanjang 160 km di kawasan seluas sekitar 1,700 km per segi.

Tikal National Park in Guatemala. Credit: Kumar Sriskandan / Alamy Stock Photo

Mengikut para saintis, teknologi Lidar ini menunjukkan betapa kompleksnya infrastruktur bandar ini. Ia menggambarkan kehidupan sosio-ekonomi dan kuasa politik dalam bandar tersebut.

Pasukan saintis itu percaya bandar ini mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Disebabkan susun atur bandar ini yang kompleks, mereka percaya bandar tersebut adalah sebuah pusat pemerintahan pada 2,000 tahun lepas.

Binaan Kompleks Yang Ditemui Dalam Bandar Purba Ini


Saintis percaya bandar purba ini adalah sebahagian daripada tamadun kaum Maya pada zaman Mesoamerika. Dalam penyiasatan mereka, terdapat sebuah gelanggang bola dalam bandar tersebut.

Tambahan lagi, kajian sebelum ini juga ada menunjukkan kaum Maya mempunyai permainan sukan native ketika waktu itu. Selain itu, pasukan saintis juga menemui binaan piramid dan sebuah platform besar.

The Temple of Kukulcan in Chichen Itza. Credit: Panther Media GmbH / Alamy Stock Photo Kapsyen: 'Temple of Kukulcan' di Chichen Itza


Di samping itu, kaum Maya juga telah membina sebuah sistem takungan air yang besar untuk memanfaatkan mengumpul dan menguruskan air hujan yang ditadah.

{suggest}

Penemuan ini tidaklah mengejutkan dek kerana tamadun Maya sangat dikenali dalam membangunkan sistem penulisan yang maju, dan mahir dalam ilmu matematik, seni bina, kalendar, astronomi serta seni.

Sumber: Unilad

Gambar utama: Unilad