Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (3)

Bancian CFM: Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Mendapat Kelajuan Internet Seperti Yang Dijanjikan

Diterbitkan September 25, 2020 · Dikemas kini September 25, 2020 oleh Helmi Samsuri

Bagi mendapatkan maklum balas pengguna mengenai perkhidmatan telco yang dilanggan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah menjalankan bancian dalam talian.

Bancian tersebut melibatkan 209 responden dari seluruh negara dan majoritinya di Selangor serta Sarawak. Ia dilaksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memandangkan ramai pengguna bekerja di rumah.

Screenshot 2020-09-25 at 4.06.38 PM

*Pautan bancian – https://www.facebook.com/consumer.forum.malaysia/posts/4039925392749087

Melalui hasil bancian yang diperoleh, ramai pengguna tidak berpuas hati terhadap kualiti kelajuan internet kerana tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak pengendali rangkaian.

Antara masalah yang diadukan adalah berkaitan kualiti rangkaian didalam rumah dan tiada sebarang penambahbaikan ketara terhadap masalah aduan dilaporkan.

Menurut Pengerusi CFM, Datin Mohana Mohariff, isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana telco telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pelanggan. Beliau juga menambah, pengendali seharusnya lebih proaktif dalam menambahbaik perkhidmatan mereka.

Selain itu, Datin Mohana menyatakan bahawa CFM sedang dalam proses meminda untuk memperkukuh kod industri GCC dengan kerjasama SKMM. Hal ini adalah untuk melindungi hak pengguna dan antara perkara yang akan diperkemaskan seperti terma dan syarat kontrak perkhidmatan, pemberian ringkas maklumat perkhidmatan dan pengguna bekeperluan khas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY