Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
empangan bukit merah

Baki Simpanan Air Empangan Muda Dan Bukit Merah Kini Kurang Dari 20%

Diterbitkan Julai 10, 2024 · Dikemas kini Julai 10, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam Laporan ringkas Status Cuaca Panas bertarikh 9 Julai 2024 memaklumkan, pada 2 hingga 8 Julai 2024, tiada daerah yang mencatatkan cuaca panas tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.

Walaubagaimanapun, sehingga 9 Julai 2024, terdapat 2 empangan yang masih menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah dan berada pada paras bahaya, iaitu di bawah 20%.

2 Empangan itu adalah Empangan Muda di Kedah (18.37%) dan Empangan Bukit Merah di Perak (19.97%).

Manakala 5 empangan lain pula menunjukkan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras amaran, iaitu:

  1. Empangan Malut di Kedah (36.10 peratus);
  2. Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang (37.00 peratus);
  3. Empangan Timah Tasoh di Perlis (42.60 peratus);
  4. Empangan Pedu di Kedah (50.50 peratus); dan
  5. Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (56.70 peratus).

https://www.facebook.com/jpskerian/posts/877149277782820

NADMA turut memaklumkan, mereka telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan OPA Negeri Perak dan Kedah bersama KPKM, MET Malaysia, TUDM, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), JPS, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi kawasan Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah berdasarkan tarikh yang ditetapkan oleh MET Malaysia.

Sebelum ini iaitu pada 27 – 28 Februari 2024 lalu, Operasi Pembenihan Awan (OPA) telah pun dilaksanakan  berdasarkan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Air Itam di Pulau Pinang dan Empangan Bukit Merah di Perak.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • KTMB Bakal Terima Tren ETS Generasi Ketiga Dari China, Mampu Pecut Selaju 160km/j

Sumber: NADMA, JPS Daerah Kerian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY