Awal November yang lalu, kita telah disajikan dengan berita kehadiran permainan popular Diablo untuk platform telefon pintar, Diablo Immortal. Namun begitu, pengumuman Diablo Immortal mungkin menggembirakan sesetengah peminat tetapi bagi peminat yang bermain pada komputer atau konsol, mereka sedikit kecewa kerana masih ternanti-nanti versi baru untuk platform komputer dan konsol. Bagi memenuhi permintaan tersebut, Blizzard…
Pengarang: Helmi Samsuri
Bocoran Imej Membayangkan Samsung Galaxy S10 Mempunyai Bezel Yang Sangat Nipis
Bila bercerita mengenai rekaan skrin paparan telefon pintar, antara elemen yang menaikkan lagi “seri” sesebuah peranti itu adalah saiz “dagu” dan “dahi”. Pengeluar berlumba-lumba menampilkan paparan penuh dengan mengecilkan saiz bezel dan bocoran imej sudah berlegar di internet, ia membayangkan Samsung Galaxy S10 bakal hadir “seksi” dengan bezel yang nipis. Beyond pic.twitter.com/w8XDEP3LP1 — Ice universe…
Microsoft Dilapor Akan Umum Peranti Boleh Lipat Andromeda Pada Tahun Hadapan
Pembangunan peranti dengan skrin boleh lipat dibawah kod nama “Andromeda” sudah lama dibualkan tetapi tidak banyak informasi dikongsikan oleh Microsoft. Andromeda disebut-sebut sebagai pengganti kepada Windows Phone dimana ia bakal berfungsi dari sebuah tablet kepada telefon pintar apabila dilipat. Perkembangan terbaru, buku Beneath a Surface yang dikarang oleh wartawan teknologi, Brad Sams, ada memberi bayangan…
Serangan Siber Keatas Dell, Pengguna Digalakkan Tukar Kata Laluan
Syarikat perkomputeran terkemuka, Dell dilaporkan telah mengalami serangan siber pada 9 November lepas. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam, mereka berjaya mengenalpasti serangan tersebut dan bertindak pantas untuk menghalangnya. Tiada produk atau perkhidmatan Dell terjejas. Siasatan awal menunjukkan pengodam menyasarkan nama, alamat e-mel dan kata laluan pengguna. Walaubagaimanapun, ia tidak melibatkan maklumat sensitif pengguna seperti kad…
Starbucks Akan Sekat Laman Web Lucah Pada Perkhidmatan WiFi Yang Disediakan
Selain menghidangkan kopi yang enak ditekak, Starbucks turut menawarkan perkhidmatan WiFi secara percuma bagi pelanggan yang duduk menikmati minuman dipremis mereka. Namun, terdapat kritikan terhadap perkhidmatan WiFi percuma itu dimana mereka didakwa tidak menyekat akses ke laman web pornografi. Hal ini dilihat seperti memberi ruang kepada pelanggan untuk mengambil kesempatan keatas keistimewaan yang diberikan. Salah…
Xiaomi Redmi 4 Dan Redmi 4A Terima MIUI 10 Global
Xiaomi Redmi 4 dan 4A merupakan dua model lama yang telah dijanjikan kemaskini naik taraf kepada MIUI 10. Diperkenalkan pada 2016 yang lepas, pemilik kedua-dua model ini pastinya ternanti-nanti kedatangan kemaskini terbabit. Walaubagaimanapun, antaramuka MIUI 10 versi global yang sudah mula dilepaskan itu masih berasaskan Android Nougat 7.1.2. Redmi 4 akan menerima kemaskini bersaiz 316MB…
