Civilization VI pertama kalinya diperkenalkan untuk PC pada tahun 2016. Sejak itu ia telah mendapat versi untuk Xbox, PS4, Nintendo Switch dan juga iOS. Hari ini pejuang tegar Android boleh menyorak riang dengan ketibaan permainan ini pada platform mereka. Civilization VI merupakan permainan strategi ikut giliran di mana anda bermain mengurus empayar besar dari asalnya…
Pengarang: Meor Hasyim
Apple Mahu Himpunkan Kesemua Perkhidmatan Berbayar Dalam Satu Bentuk Langganan ‘Apple One’
Apple mempunyai pelbagai perhidmatan berbayar seperti Apple Arcade, iCloud, Apple Music dan lain-lain lagi. Menurut laporan dari Bloomberg, syarikat itu sedang membangunkan sebuah langganan yang menghimpunkan segala jenis perkhidmatan, yang dipanggil Apple One. Ia akan menggabungkan pelbagai perkhidmatan Apple dalam harga bulanan yang lebih rendah. Kandungan langganan akan mempunyai pelbagai variasi di mana yang paling…
Keluarga Intel Xe Diperlihatkan, Kad Grafik Pertama Dari Intel Dengan Sokongan Ray-Tracing
Melalui acara 2020 Architecture Day yang berlangsung pada hari ini, Intel telah mengumumkan keluarga kad grafik mereka iaitu Intel Xe. Terdapat 4 model senibina yang lebih khusus di bawah satu keluarga Xe iaitu: Xe-HPC Xe-HP Xe-HPG Xe-LP Xe-HPC dan Xe-HP ditujukan khas untuk komputeran skala luas seperti tujuan penyelidikan dan sebagainya. Untuk para gamer, Intel…
Ini 5 Syarat Minimum Supaya YouTube Bayar Anda Buat Video
Tidak dinafikan semakin ramai yang menceburi bidang dan arena membuat video di YouTube. Ini adalah disebabkan YouTube juga dilihat sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan. Untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan YouTube dan tertanya-tanya apa syarat minimum yang diperlukan untuk mula terima gaji dari YouTube, artikel ini boleh dijadikan sebagai panduan asas. YouTube…
Microsoft Surface Duo Kini Rasmi – Peranti Android Dwi-Skrin Untuk Peminat Surface Dan Perisian Office
Oktober lepas, Microsoft memperlihatkan Surface Duo yang bakal menjadi peranti untuk generasi Surface seterusnya. Hari ini secara rasmi syarikat itu telah mengumumkan ketibaannya dan bakal dijual pada bulan September kelak. Tujuan Microsoft menghasilkan Surface Duo ini adalah semata-mata untuk produktiviti melalui perisian Microsoft Office. Ini dilihat dari segi kelengkapan spesifikasinya yang bukanlah sehebat peranti lain….
Xiaomi Mi 10 Ultra Dan Redmi K30 Ultra Tidak Akan Dipasarkan Di Luar China Buat Masa Ini
Semalam Xiaomi telah berjaya melancarkan 2 buah peranti yang menarik iaitu Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra di China. Namun, untuk pengguna di Malaysia, kemungkinan besar kedua-dua peranti ini tidak akan dilancarkan secara rasmi di sini. Ini adalah disebabkan kenyataan dari pihak Xiaomi sendiri yang mengatakan mereka tiada rancangan untuk memasarkan mana-mana produk yang…
