Siri OPPO Reno5 baru-baru ini telah menerima kelulusan dari pelbagai negara. Terbaru, menerusi kiriman OPPO di Weibo menggambarkan sebuah acara pelancaran akan diadakan pada 10 Disember ini. Berdasarkan spekulasi, OPPO dijangka bakal melancarkan siri OPPO Reno5 pada 10 Disember ini. Kemungkinan terdapat tiga model dalam siri Reno5 yang terdiri daripada Reno5, Reno5 Pro dan Reno5…
Pengarang: Amalina Athman
Senarai Aplikasi Dan Permainan Terbaik Apple Untuk Tahun 2020
Apple hari ini telah mengeluarkan senarai aplikasi dan permainan terbaik sepanjang tahun 2020. Ia merupakan cara bagi Apple memberikan penghargaan kepada pembangun yang terlibat. Anugerah ini dipilih berdasarkan kualiti, rekaan yang kreatif, kebolehgunaan, dan teknologi yang inovatif. Secara tidak langsung, anugerah ini juga memberikan inspirasi buat pembangun lain untuk menghasilkan aplikasi dan permainan yang lebih…
Celcom Sasarkan 4,700 Tapak Dinaik Taraf Ke Rangkaian 4G Menjelang Februari 2021
Celcom Axiata Bhd (Celcom) sedang mempercepatkan pelaburan rangkaian sebanyak RM256 juta bagi menaik taraf kapasiti rangkaiannya dan menggunakan lebih banyak menara stesen pangkalan 4G di seluruh negara. Langkah mempercepatkan pelaburan rangkaian itu dijangka akan meningkatkan liputan dan kualiti 4G di kawasan luar bandar dan bandar. Menurut Celcom, sejumlah 4,700 tapak rangkaian disasarkan menjelang Februari 2021….
Pengecas MagSafe Duo Kini Sudah Boleh Dibeli Pada Harga RM589
Selain pengecas MagSafe biasa, Apple turut mempunyai satu lagi versi pengecas sedikit berbeza iaitu MagSafe Duo. Terbaru, pengecas MagSafe Duo akhirnya sudah boleh dibeli di Malaysia pada harga RM589. Kelebihan MagSafe Duo adalah bukan sahaja iPhone 12, malah ia boleh mengecas Apple Watch atau AirPods secara serentak. Untuk pengecasan tanpa wayar sehingga 11W, Apple menyarankan penggunaan…
Sebahagian Mac mini Dengan Cip M1 Sebenarnya Dibuat Di Malaysia
Sebelum ini, Nintendo telah mengumumkan konsol permainan Switch akan dihasilkan di Malaysia sebagai penambahan kepada lokasi pengeluaran sedia ada iaitu di China dan Vietnam. Terbaru, Mac mini yang dijana cip Apple M1 juga dilaporkan telah dibuat di Malaysia. Menurut laporan Lowyat.net, video yang dimuatnaik 9to5Mac memperlihatkan unit tersebut telah dihasilkan di Malaysia. Tinjauan pada video…
realme “Race” Juga Bakal Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 888
Qualcomm menerusi acara Snapdragon Tech Summit 2020 telahpun mengumumkan cip premium terkini, Snapdragon 888. Xiaomi juga telah mengesahkan Mi 11 akan menjadi peranti pertama yang dilancarkan dengan cip Snapdragon 888. Terbaru, realme turut mengumumkan peranti dengan nama kod “Race” akan menjadi peranti terawal yang dikuasakan cip pemproses yang sama. Dalam pada itu, ciapan Ishan Agarwal di…
