Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Bakal Kurangkan 6,000 Pekerja, Pemberhentian Terbesar Sejak 2023

Australia Saman Microsoft, Tawaran AI ‘Mengelirukan’

Diterbitkan Oktober 27, 2025 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Isnin menuduh Microsoft mengelirukan pengguna dengan cara mempromosikan pembantu AI-nya, Copilot, dan telah memfailkan saman terhadap syarikat itu di Mahkamah Persekutuan Australia.

Menurut ACCC, Microsoft Australia dan syarikat induknya, Microsoft Corp, didakwa membuat kenyataan palsu atau mengelirukan kepada kira-kira 2.7 juta pengguna Australia yang melanggan pelan Microsoft 365 secara pembaharuan automatik.

Microsoft didakwa memberitahu pelanggan bahawa mereka hanya mempunyai dua pilihan: sama ada membayar lebih untuk pelan Microsoft 365 dengan integrasi Copilot, atau membatalkan langganan mereka sepenuhnya.

Namun, ACCC mendapati terdapat pilihan ketiga yang tersembunyi, iaitu kekal dengan pelan asal “Classic” tanpa Copilot pada harga lama — pilihan ini hanya kelihatan apabila pengguna memulakan proses pembatalan langganan.

“Microsoft secara sengaja tidak menyebut tentang pelan Classic dalam komunikasi rasmi mereka dan menyembunyikan kewujudannya sehingga pengguna cuba membatalkan langganan — satu taktik untuk meningkatkan bilangan pelanggan yang menaik taraf kepada pelan lebih mahal dengan Copilot,” kata Pengerusi ACCC, Gina Cass-Gottlieb.

Beliau menambah bahawa aplikasi Microsoft Office dalam langganan 365 “sangat penting dalam kehidupan ramai orang, dan memandangkan tiada banyak alternatif setanding, pembatalan langganan bukan keputusan yang mudah dibuat.”

Suruhanjaya itu mendakwa Microsoft mengelirukan pengguna pelan peribadi dan keluarga sejak 31 Oktober 2024, dengan harga tahunan pelan 365 berintegrasi Copilot lebih tinggi antara 29 hingga 45 peratus berbanding pelan biasa tanpa Copilot.

ACCC kini menuntut hukuman denda, perintah injunksi, pampasan pengguna dan kos guaman.

Microsoft boleh berdepan denda sekurang-kurangnya A$50 juta (AS$30 juta) bagi setiap pelanggaran jika didapati bersalah.

Microsoft belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen daripada AFP. – AFP

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Microsoft Perkenal OneDrive Serba Baharu
  • Jangan Abaikan, Microsoft Tampal 167 Kecacatan Keselamatan Windows Bulan Ini
  • 'Clippy' Versi Baru, Microsoft Perkenal Avatar Mico

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Siri HUAWEI nova 16s Bakal Tiba Di Malaysia 19 November Ini
  • UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
©2026 WISER.MY