Seperti yang dilaporkan sebelum ini, syarikat pengeluar peranti mudah alih terbesar dari China, Huawei akan menggunakan pelan sandaran mereka (HongMeng OS) sebagai pengganti Android akibat dari 'kemelut yang melanda diantara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat.
Mengutip laporan dari Giz China, sumber dari Rusia mengatakan terdapat satu operasi sistem yang sedang diuji keatas beberapa model peranti Huawei yang digelar sebagai Aurora OS.
Aurora OS adalah hasil versi yang diubahsuai dari Sailfish OS menggunakan asas Linux yang direka oleh Jolla, sebuah syarikat berpengkalan di Finland. Laporan mengatakan aplikasi-aplikasi dari Android stabil dan sesuai digunakan di dalam sistem operasi Aurora ini.
Pihak Huawei mungkin sedang memikirkan alternatif lain selepas mengatakan bakal menggunakan sistem operasi mereka sendiri, tetapi Hong Meng OS atau Ark OS dikatakan belum sesuai digunakan keatas aplikasi-aplikasi yang menggunakan bahasa program yang berasaskan Linux.
Pengerusi Huawei mengatakan perbincangan mungkin berlaku antara kedua pihak (Rusia) sekaligus mungkin akan merapatkan hubungan perdagangan memandangkan Huawei turut mengeluarkan cip pemprosesan dan perisian.
Sumber: Giz China
Berkaitan
- Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera
- Microsoft Dijangka Bakal Lancarkan Xbox Baharu Pertengahan Tahun Ini
- Maxis Menawarkan Huawei P9 Dengan Hanya RM1
- HTC Dijangka Bakal Melancarkan Model HTC U12+ Pada 23 Mei Ini
- Google Duo Pencabar Facetime Dilancarkan Hari Ini.
- Microsoft Umum Pengambil-Alihan Syarikat GitHub Secara Rasmi Esok
- Fungsi Isyarat Tangan Untuk Melangkau Video Pada Aplikasi Android Youtube Sedang Diuji
- Xiaomi Mi9 & Galaxy S10, S10+ & S10e Dilancarkan & Huawei Tak Mahu Kalah Dengan Samsung
- Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia
- Apple Pula Tertangkap Promosi Produk Mereka Menggunakan Peranti Android