Jenama kereta mewah terkemuka, Audi telah memperkenalkan teknologi terbaru untuk kereta keluaran mereka yang boleh berinteraksi dengan lampu isyarat. Teknologi tersebut akan memberitahu pemandu bila lampu akan bertukar warna. Syarikat berkenaan juga menambah ia direka supaya dapat mengurangkan tekanan ketika pemanduan.
Menurut Audi, teknologi yang di panggil "vehicle-to-infrastructure" atau "V-to-I" itu telah pun dipasang pada model A4 selepas 1 Jun yang lepas dan bakal dipasang pada model Q7 tahun hadapan.
Sistem tersebut akan memaparkan kiraan yang memberitahu pemandu tentang jarak masa sebelum lampu isyarat bertukar dari hijau ke merah. Dengan itu pemandu akan memberi lebih perhatian dan tidak akan teragak-agak untuk memandu.
Berkaitan
- 5 Tips Mudah Tetikus Yang Perlu Anda Tahu
- Nenek 90 Tahun Dapat Anugerah YouTuber Permainan Video Paling Tua
- Gambar Rakaman Malam Dari HONOR 9X Pro
- Filem Animasi 3D Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019
- Energizer Akan Perkenal Telefon Pintar Dengan Bateri 16,000mAh
- DJI Spark Sudah Mendarat Di Malaysia, Beli Secara Pra-Tempah
- ZTE Dijangka Perkenal Telefon Pintar Dengan Keupayaan 5G Pada Awal 2019
- MIUI 11 Versi Global Bakal Dilepaskan Kepada Model Redmi 8 Dan Redmi 8A
- Xiaomi Redmi 7 Mula Muncul Di TENAA
- Dropbox Tampil Dengan Antaramuka Baru Untuk Versi Web